suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat naik angin foto badan Jimin BTS berjerawat

Peminat bengang Jimin difitnah inidvidu tak bertanggungjawab.

KECOH dalam kalangan peminat kumpulan BTS apabila tular satu gambar konsert di Busan, Korea Selatan yang memaparkan bahagian belakang badan salah seorang anggotanya, Jimin, kelmarin.

Lebih mencetuskan perdebatan, imej berkenaan turut menimbulkan spekulasi apabila tubuh individu dalam foto tersebut kelihatan berjerawat serta mempunyai tatu.

Kekecohan itu mengundang dakwaan bahawa ia telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sebelum (kiri) dan selepas (kanan) foto Jimin disunting.

Susulan penyebaran gambar tersebut di media sosial, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa ia cubaan untuk mencemarkan imej Jimin dengan memanipulasi fotonya.

Malah, sebahagian peminat turut bertindak berkongsi semula gambar asal konsert tersebut bagi menafikan dakwaan berkenaan serta mempertahankan imej penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Obses sangat dengan Jimin BTS! Pemuda ‘turn off’ kekasih bijak dan cantik terlalu minat K-pop, tak padan umur cecah 30 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tak makan demi jaga badan, Jungkook dan Jimin teruk dikecam

“Kulit sebenar Jimin sangat licin. Berhenti guna AI untuk jadikan kulit dia nampak kasar.

“Dia tak ada tatu  atau tahi lalat di belakang badan seperti itu. Tatu bulan pun nampak pelik,” antara komen netizen.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkaitan mengenai kesahihan gambar berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Jimin BTS, Army BTS, konsert BTS

Artikel Lain