GELAGAT bekas suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Azim ketika melakukan siaran langsung di TikTok menarik perhatian ramai.Menerusi rakaman yang dikongsikan semula netizen di Threads, Syafiq, 37, seakan-akan memberi bayangan masih menyimpan harapan untuk kembali bersama bekas isterinya itu. Malah, dia turut merasakan masih mempunyai peluang untuk memperbaiki hubungan mereka jika Syida masih belum ada pasangan baharu.Antara rakaman yang tular di media sosial.“Bermaksud Syida pun belum move on lagi. Jadi adalah peluang kot,” katanya.Dalam siaran langsung itu, Syafiq turut mendakwa tidak melihat kelibat lelaki yang dipercayai teman lelaki baharu Syida seperti yang diperkatakan ramai.“Dengar cerita dia ada teman lelaki, rasanya tak ada kot. Semalam ada orang kata teman lelaki baharu Syida datang, tapi Syafiq pergi tengok tak ada,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ditinggalkan dengan hutang bank“ - Syida Melvin kesal bekas suami culas bayar pinjamanARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin ‘naik hantu’, dakwa bekas suami hina ibu bapa... Dedah bayaran rumah masih tertunggakBagaimanapun, gelagat Syafiq itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa bimbang dan kurang senang dengan tindakannya.Malah, ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai keterlaluan, selain berharap Syida tidak berdepan sebarang gangguan daripada bekas suaminya itu.“Gila talak dah kalau macam ini rupanya. Dia pergi tengok Syida diam-diam dari jauh.Antara komen netizen selepas melihat video siaran langsung Syafiq.“Takutnya, minta jauh daripada lelaki macam ini,” antara komen netizen.Untuk rekod, Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.