PELAKON dan pengarah Liyana Jasmay meremang bulu roma apabila menerima mesej daripada seorang penonton yang mendakwa terlihat sesuatu yang aneh ketika menonton filem Pemuja Syaitan di pawagam.Menurut Liyana, dia menerima mesej peribadi (DM) daripada penonton berkenaan yang mengakui ternampak cahaya keluar dari dada watak pelakon dalam salah satu babak filem berkenaan. Lebih mengejutkan, mesej itu diterima ketika dia dalam perjalanan pulang selepas membuat kejutan kepada penonton di GSC Mid Valley pada Jumaat.Perkongsian Liyana mengenai kisah aneh yang diterimanya.“Saya terima DM daripada salah seorang penonton Pemuja Syaitan pada pukul 11.50 malam. Dia beritahu nampak cahaya keluar dari dada watak (salah seorang pelakon) dalam satu babak sebelum adegan dirasuk.“Dia tanya sama ada perkara itu disengajakan atau tidak. Saya terkedu sekejap. Saya fikir dan tertanya-tanya, cahaya dari mana pula?” kongsinya menerusi hantaran di Threads.Liyana berkata, dia kemudian meminta penjelasan lanjut daripada penonton itu sebelum dimaklumkan bahawa cahaya berkenaan benar-benar kelihatan dalam babak tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay mohon maaf... Penonton kecewa visual filem ‘Pemuja Syaitan‘ terlalu gelapARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hatiBagaimanapun, Liyana menegaskan dia sendiri tidak melihat sebarang cahaya ketika menonton filem berkenaan.“Kemudian saya jawab memang tak ada. Sebab saya baru tengok tadi juga, tak ada benda itu.“Korang rasa hijab dia terbuka atau memang ada cahaya keluar dari dada watak Amirah?” katanya.Susulan kejadian, Liyana merancang untuk memeriksa semula babak berkenaan bagi memastikan sama ada cahaya yang didakwa dilihat penonton itu benar-benar muncul dalam babak filem tersebut.'Pemuja Syaitan' mula ditayangkan sejak 15 Oktober.Dia turut memohon bantuan penonton lain yang sudah menonton Pemuja Syaitan untuk meneliti babak berkenaan, namun meminta mereka merahsiakan jalan cerita.“Esok saya akan periksa babak itu. Kalau sesiapa yang tengok filem Pemuja Syaitan, tolong periksa betul atau tidak.“Tapi jangan beritahu spoiler, DM saya terus,” kongsinya.Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang rata-ratanya berpendapat individu berkenaan mempunyai kelebihan melihat perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.'Pemuja Syaitan' merupakan filem pertama arahan Liyana.Filem cereka sulung arahan Liyana itu menampilkan barisan pelakon antaranya Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan.Mengangkat genre seram dan ngeri, Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang bertemu semula di sebuah pulau.Bagaimanapun, penemuan kapsul masa mencetuskan pelbagai kejadian misteri selain membongkar rahsia yang sekian lama tersembunyi.