PELAWAK dan usahawan Shuib memberitahu dia sanggup membuang ego dan membuat permohonan maaf terhadap rakan artis, Jep Sepahtu susulan konflik antara mereka.Kata Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, tindakan itu dianggap sebagai satu nikmat untuk berlapang dada bagi menjernihkan keadaan antara mereka. "Saya tak ego, kalau ego macam mana boleh buat video permohonan maaf. Saya buang ego, saya buat sebagaimana yang Allah minta."Salah dan silap itu biasa. Bila salah, itulah rasa nikmatnya selepas minta maaf. Saya cuba buat benda yang betul," katanya.Shuib buang ego dan mohon maaf pada Jep.Shuib berkongsi perkara tersebut ketika berinteraksi bersama pengikut di media sosial sambil mempromosikan produk makanan miliknya.Dia turut meluahkan rasa syukur apabila dalam sesi siaran langsung itu mendapat respons baik daripada pengguna yang membeli hasil jualannya.Menurut Shuib, isu yang berlaku sebelum ini juga memberi kesan kepada perniagaan sehingga rakan pasukan meluahkan rasa risau susulan jualan kurang memberangsangkan.ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta maaf, harap isu dengan Jep selesai cara baikARTIKEL BERKAITAN: Jep balas permohonan maaf, sudah ambil tindakan saman Shuib... ”Ini fasal fitnah”Pada masa sama, pelawak ini juga berharap agar tidak timbul mana-mana puak yang menyokong atau kurang bersetuju terhadapnya."Saya kurang suka jika ada yang team ini atau team itu. Tengok setiap kejadian dan ambil iktibar. Jadikan pengajaran untuk diri kita," ujarnya.Shuib harap peminat ambil iktibar daripada konflik dirinya dan Jep.Isu sebelum ini timbul apabila Jep dalam satu hantaran di Instagram mendakwa dua rakannya iaitu Shuib dan Mamat sengaja mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah.Berikutan itu, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jep dan berharap isu antara mereka dapat diselesaikan.Jep pula dalam satu hantaran di Instagram memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan dikeluarkan Shuib berunsur fitnah.