BERANI mewarna rambut merah jambu, penyanyi Asfan Shah meminta orang ramai tidak mengaitkan imej baharu itu dengan kisah penghijrahannya mendalami agama sebelum ini. Bagi Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin 42, penampilan secara luaran bukan alasan untuk mengukur keperibadiannya. “Kalau macam ini pun saya tidaklah meninggalkan yang wajib. Sejak dulu saya memang suka berfesyen. Asfan lebih yakin dengan penampilan terbaharunya.“Saya juga sudah bertanya kepada orang yang lebih faham. Walau siapa kita, nakal sekalipun, perkara wajib tetap kita usahakan,” katanya kepada mStar. Asfan ditemui ketika sidang media konsert Malam Drama Manusia di Kuala Lumpur pada Sabtu.Menurutnya lagi, perubahan ini juga sebagai bentuk persembahan yang bakal ditampilkan bersama kumpulan Asfan Shah & Manusia pada acara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah tak kisah pendapatan dibahagi lima dengan bandARTIKEL BERKAITAN: Abaikan Isteri, Punca Asfan 'Makan' Penumbuk Adik Ipar“Saya mahu bawa satu karakter yang lain untuk band sehingga konsert nanti. “Kami juga telah berbincang dengan pengurusan acara, mereka mahu bawakan konsep fantasi, jadi karakter ini sesuai dengan saya,” ujar. Secara tidak langsung imej baharu ini juga menunjukkan satu fasa perubahan selepas dia menubuhkan Asfan Shah & Manusia pada November 2025. Baginya, setiap perubahan imej juga menunjukkan kelainan berbanding ketika menyanyi solo sebelum ini. Konsert Malam Drama Manusia gabungan dua kumpulan hebat.“Penampilan luaran ini sebagai satu inisiatif saya bekerja dalam industri. Saya nak nampak kelainan dari solo kepada band,” jelasnya. Konsert Malam Drama Manusia menggabungkan persembahan dua kumpulan iaitu Asfan Shah & Manusia bersama Drama Band. Konsert tersebut bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari 2027.