PRESIDEN Indonesia, Prabowo Subianto menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-75 pada Sabtu (17 Oktober).Prabowo yang dilahirkan di Jakarta pada 17 Oktober 1951, menyambut pertambahan usia itu buat kali kedua sejak dilantik secara rasmi sebagai Presiden Ke-8 Indonesia pada 20 Oktober 2024. Sejak pagi, media sosial dibanjiri ucapan daripada pegawai kerajaan, menteri kabinet, ahli politik daripada pelbagai parti serta orang ramai yang turut mengambil kesempatan meraikan hari istimewa pemimpin negara itu.Beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut menyampaikan ucapan serta doa buat Prabowo, antaranya Kementerian Sosial Indonesia.Menerusi perkongsian di media sosial, kementerian itu mendoakan agar Prabowo sentiasa diberikan kesihatan, keberkatan dan kekuatan untuk terus memimpin negara."Selamat ulang tahun kepada Presiden Republik Indonesia, Bapak Prabowo Subianto. Semoga sentiasa diberikan kesihatan, keberkatan dan kekuatan dalam memimpin bangsa serta menggalas amanah demi kemajuan Indonesia,"menurut kenyataan kementerian berkenaan.Dalam pada itu, rakan rapat serta beberapa tokoh politik turut menyorot komitmen Prabowo dalam meneruskan agenda strategik nasional di tengah-tengah cabaran global.Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin mendoakan agar Presiden Indonesia itu sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin negara."Semoga sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menjalankan amanah," tulis Sjafrie menerusi akaun Instagram peribadinya.Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Indonesia, Agus Harimurti Yudhoyono (AHY), turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada Prabowo menerusi akaun Instagram peribadinya."Semoga Bapak @prabowo sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas amanah memimpin bangsa Indonesia ke arah negara yang semakin maju, adil dan makmur," tulis AHY.Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia merangkap Ketua Harian Parti Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad, turut menyampaikan ucapan menerusi mesej bertajuk Kami Bersama Prabowo.Sufmi berharap agar Prabowo sentiasa mendapat perlindungan dan dikurniakan kekuatan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden Indonesia. -Agensi