BAGI sesetengah wanita, memiliki sebuah beg tangan berjenama mewah bukan sekadar untuk melengkapkan gaya, sebaliknya menjadi satu bentuk ganjaran selepas penat bekerja dan berusaha mencapai sesuatu dalam hidup.Tidak hairanlah ada yang sanggup menyimpan duit bertahun-tahun sebelum akhirnya dapat memiliki beg idaman yang harganya mencecah ribuan ringgit, malah ada yang jauh lebih mahal. Namun, apabila sudah mengeluarkan wang yang banyak, pastinya beg tersebut mahu dijaga sebaik mungkin supaya kekal cantik, tahan lama dan tidak mudah rosak.Biarpun kualitinya tidak perlu disangkal, namun ia tetap memerlukan penjagaan rapi kerana material boleh berubah tekstur, warna atau bentuk sekiranya tidak disimpan dan digunakan dengan betul.Seorang individu berkongsi beberapa tip penjagaan beg tangan di Threads, khususnya beg kulit agar sentiasa kelihatan seperti baharu dan tahan lama. 1. Jangan simpan beg di dalam kotakWalaupun kotak asal beg mungkin nampak kemas dan selamat, menyimpan beg terlalu lama di dalam ruang tertutup boleh mengehadkan pengaliran udara serta memerangkap kelembapan.Keadaan tersebut berpotensi menjejaskan material kulit dan struktur beg dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, simpan beg di ruang terbuka atau di dalam almari yang mempunyai pengudaraan baik dan gunakan beg sarung habuk (dust bag) yang disediakan.Ramai wanita memiliki koleksi beg tangan mewah sebagai pelengkap gaya. -Gambar hiasan AI2. Asingkan rantai daripada begBagi beg yang mempunyai rantai atau tali berantai, elakkan daripada membiarkan rantai tertekan pada permukaan beg ketika disimpan.Rantai yang berada dalam keadaan terlipat atau tertekan terlalu lama boleh meninggalkan kesan pada kulit. Jadi, pastikan rantai diasingkan daripada permukaan beg sebelum ia disimpan.3. Jangan tanggalkan pelindung perkakasan terlalu awalBahagian logam seperti kunci, buckle dan rantai pada beg juga perlu diberi perhatian kerana ia mudah tercalar.Jika beg masih mempunyai pelindung pada bahagian perkakasan tersebut, sebaiknya jangan tergesa-gesa menanggalkannya.Bagaimanapun, jika pelindung asal sudah ditanggalkan, pelindung perkakasan tambahan boleh digunakan bagi membantu mengurangkan risiko calar ketika beg digunakan atau disimpan.ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip pengurusan almari pakaian, berguna untuk anda yang kerap beli baju4. Elak guna losen tangan secara berlebihanRamai mungkin tidak menyedari bahawa losen atau krim tangan boleh memberi kesan kepada permukaan beg, terutama beg yang diperbuat daripada kulit.Sisa losen pada tangan boleh berpindah ke permukaan beg dan menyebabkan kesan minyak atau perubahan pada tekstur kulit.Justeru, elakkan memakai losen tangan yang terlalu tebal atau berat sebelum memegang dan menggunakan beg.5. Pastikan kuku tidak terlalu panjangKuku yang panjang atau tajam boleh mencalarkan dan merosakkan lapisan dalaman beg, terutama jika materialnya licin atau lembut.Jika mahu memastikan bahagian dalam beg kekal kemas dan tidak mudah tercalar, pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan berhati-hati ketika memasukkan atau mengeluarkan barangan.Memiliki beg tangan berjenama bukan sekadar soal harga atau jenama, tetapi juga bagaimana ia dijaga selepas dibeli.Dengan penjagaan yang betul, beg yang menjadi koleksi atau pelaburan peribadi itu bukan sahaja dapat bertahan lebih lama, malah sentiasa kelihatan baharu setiap kali digunakan.