suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nampak praktikal dipakai, tapi ramai tak sedar bahaya tersembunyi klip cakar! - “Doktor kata tisu dalam kepala koyak”

Aksesori klip penyepit rambut boleh mengundang kecederaan dalam situasi tertentu. -Agensi

AKSESORI rambut sering menjadi pilihan utama wanita untuk tampil kemas dan bergaya, terutamanya penyepit rambut jenis klip cakar (claw clip) yang cukup popular dalam kalangan generasi muda.

Bagaimanapun, di sebalik reka bentuknya yang menarik, penggunaan klip rambut sebenarnya boleh mendatangkan risiko kecederaan sekiranya digunakan dalam situasi tertentu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang wanita di laman Threads apabila tisu bahagian kepalanya koyak dan bengkak akibat penggunaan aksesori tersebut.

Ia berlaku apabila dia membiarkan klip rambut tersebut terpasang di kepala ketika sedang bermandi-manda di sebuah taman tema air.

Klip penyepit rambut berisiko menembusi bahagian kulit kepala. -Agensi

"Masa itu kami semua naik gelongsor air dan turun ikut giliran. Tapi nak dijadikan cerita, lepas saya turun, saya pula tergelincir sebab gelongsor itu licin sangat.

"Dunia rasa gelap seketika. Rasa macam batu besar menimpa kepala. Habis mandi kami singgah di pusat beli-belah, tapi saya langsung tak lalu nak makan sebab sakit kepala yang amat sangat.

"Doktor terus periksa kepala dan minta buat imbasan X-ray. Selepas dipaksa periksa, doktor maklumkan tisu dalam kepala saya koyak dan bengkak. Doktor siap sarankan supaya saya tak pakai lagi klip rambut itu," katanya berkongsi cerita.

Dalam pada itu, laporan Agensi turut menyatakan kesan serta risiko penggunaan penyepit rambut pada bahagian kepala.

Menurut Dr Dorieann O'Leary, klip rambut berpotensi menyebabkan kecederaan pada kepala, leher dan kulit sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Jelasnya, ketika kepala terhentak akibat perlanggaran, aksesori keras itu boleh menekan kulit atau mencederakan bahagian belakang kepala.

Dalam keadaan tertentu, ia juga berisiko tertusuk pada kulit kepala sehingga menyebabkan luka koyakan dalam yang mungkin memerlukan prosedur pembedahan untuk mengeluarkannya.

Sementara itu, seorang individu penyiasat kematian turut berkongsi pandangan untuk tidak memakai klip penyepit itu ketika sedang memandu.

Jelasnya, risiko kecederaan bukan hanya bergantung pada impak hentakan, malah turut dipengaruhi kedudukan kepala serta aksesori kepala yang dipakai ketika kemalangan.

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia