Menyimpan kain di dalam kereta boleh menjadi langkah persediaan yang berguna bagi menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka. -Gambar hiasan AI
DALAM situasi kecemasan, setiap bantuan kecil mampu membawa makna besar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kemalangan jalan raya yang tidak dijangka.Sebab itulah segelintir pengguna jalan raya mengambil langkah ke depan dengan menyimpan barangan tertentu di dalam kenderaan sebagai persediaan menghadapi kejadian tidak diingini. Begitu juga dengan seorang individu ini yang berkongsi persediaannya menyimpan kain atau cadar terpakai di dalam kereta khusus untuk kegunaan darurat.Kecelakaan seperti kemalangan jalan raya boleh terjadi disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasan AI"Saya amalkan simpan kain (cadar terpakai) dalam kereta. Kadang kesian tengok mangsa kemalangan maut ditutup dengan daun, kotak atau pun surat khabar."Andai kata berlaku kemalangan maut depan mata, kain ini boleh jadi pelindung mangsa daripada terus menjadi tontonan umum sementara nak tunggu polis atau ambulans sampai," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Mak arwah call menangis minta ihsan” - Ejen insurans tak mampu tolong buat ‘claim’ kes kemalangan langgar undang-undangARTIKEL BERKAITAN: Mat motor maki ambulans lewat, rakan ‘accident’ tahan sakit 30 minit… Saksi kemalangan terus ‘sembur’ ayat padu!Menurutnya, kain berkenaan bukan sahaja boleh digunakan untuk membantu orang lain, malah sebagai persediaan sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya pada masa hadapan."Kalau bukan untuk orang lain, mungkin untuk diri sendiri satu hari nanti," kongsinya lagi.Perkongsian tersebut sekali gus membuka mata orang ramai mengenai kepentingan menjaga maruah dan privasi mangsa kemalangan, termasuk ketika mereka sudah meninggal dunia.Seorang individu berkongsi amalan menyimpan kain atau cadar terpakai di dalam kereta untuk kegunaan ketika kecemasan.Kain itu bertujuan menutup mangsa kemalangan maut daripada menjadi tontonan orang awam sementara menunggu bantuan tiba.Dia turut menganggap kain tersebut sebagai persediaan sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya pada masa hadapan.Netizen memuji keprihatinannya, malah ada yang berkongsi pengalaman membantu mangsa kemalangan menggunakan pakaian sendiri.Ada juga netizen yang berterima kasih atas perkongsian itu dan berhasrat untuk melakukan perkara sama.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warganet memuji keprihatinan individu terbabit, malah tidak ketinggalan berkongsi pengalaman melihat mangsa kemalangan ditutup menggunakan bahan seadanya sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa."Pernah lalu dekat NKVE ada kemalangan motosikal. Kepala arwah pecah, terus sedekah sweater aku untuk tutup."Saya pula simpan kain batik lepas dalam box motosikal. Memang niat nak guna apabila ada kecemasan, untuk sedekah juga. Insya-Allah."Terima kasih kongsi idea... nak buat juga lepas ni," komen netizen.