TRAGEDI hitam yang mengorbankan empat lelaki dalam kemalangan ngeri membabitkan 12 buah motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada pagi Sabtu terus hangat menjadi bualan netizen.Rata-rata warga maya meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir penunggang motosikal yang didakwa sengaja menunggang secara berbahaya dan berlumba tanpa memikirkan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. Rentetan daripada isu panas tersebut, seorang ejen insurans menerusi aplikasi Threads tampil berkongsi pengalamannya menguruskan tuntutan pampasan bagi kes kemalangan maut yang melibatkan aktiviti konvoi.Kewujudan 'dashcam' menyebabkan banyak video kemalangan sering tular di media sosial. -Gambar hiasan AI"Kes kemalangan maut semasa ride (motosikal) tu mengingatkan saya tentang satu kejadian. Pernah nak buat tuntutan kematian, tapi belum apa-apa dah kena tolak. "Untuk kes saya ini, ia disebabkan unlawful act iaitu tiada lesen memandu yang sah. Mak arwah call sambil menangis-nangis minta ihsan supaya pihak takaful bayar sikit pampasan."Siap pihak takaful e-mail bukti kes yang mereka cari di media sosial. Kalau tak ada bukti kukuh, masih ada harapan untuk fight.Ejen insurans kongsi pengalaman buat tuntutan kematian mangsa kemalangan.Tuntutan tersebut ditolak kerana pihak takaful menemui bukti di media sosial.Dia berkata waris mangsa menangis meminta ihsan agar diberikan sedikit pampasan.Dia berkongsi kisah itu susulan kes tular kemalangan maut di LPT.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau kesalahan dah viral, terang-terang ada video, kemungkinan untuk lepas (dapat tuntutan) semakin rendah," ujarnya.Hantaran itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen serta ejen-ejen insurans yang lain."Lumba haram memang salah di sisi undang-undang. Nak claim memang tak lepas. Jadi fikir panjanglah sebelum buat sesuatu.ARTIKEL BERKAITAN: 12 motosikal bergelimpangan di LPT, 4 nyawa melayang nahas awal pagi SabtuARTIKEL BERKAITAN: “Sikit lagi nak sampai rumah” - Pegawai Imigresen maut kemalangan, rutin ‘ride’ 700 km demi anak isteri berakhir tragedi"Kalau macam kes RXZ dekat LPT tu susah. Sebab video nampak berlumba. Kesian kalau semua tuntutan kena reject," tulis ejen insurans lain.Terdahulu, mStar melaporkan empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 246.4 LPT menghala ke Kemaman, Terengganu pada awal pagi Sabtu.Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, siasatan awal mendapati sebuah motosikal tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebuah kereta.Penunggang motosikal itu dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan tiga lagi penunggang motosikal gagal mengelak sebelum mereka bertembung sesama sendiri.