suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 motosikal bergelimpangan di LPT, 4 nyawa melayang nahas awal pagi Sabtu

Empat penunggang motosikal terkorban dalam nahas berkenaan.

EMPAT individu maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman, Terengganu pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tiga mangsa iaitu Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33; dan Mohd Aizat Husni, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

"Penumpang belakang kereta berusia 13 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada leher dan dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan Di LPT 2

"Maklumat mengenai lapan lagi penunggang motosikal masih belum diperoleh," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira pukul pukul 1.20 pagi.

Menurut Ashari, siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kemaman.

Katanya, ketika kereta tersebut melalui lokasi kejadian dan bergerak lurus di lorong kanan, sebuah motosikal tiba-tiba melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan.

"Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan tiga lagi penunggang motosikal gagal mengelak lalu bertembung sesama sendiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - The Star.

 

Artikel Lain