Tun Dr Mahathir terharu menerima kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya pada Jumaat. -Foto FB Tun Dr Mahathir
MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengirimkan mesej serta kad ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada Jumaat.Menerusi hantaran video di Facebook, beliau meluahkan rasa terharu atas ingatan serta doa yang diterimanya. "Assalamualaikum. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang hantar mesej berkenaan dengan hari kelahiran saya yang ke-101 pada hari ini."10 hari bulan (Julai), saya meningkat kepada 101 tahun umur dan saya terima banyak kad-kad (selamat hari jadi). Saya ingin ucap terima kasih kepada semua," katanya dalam video berdurasi 48 saat yang dikongsikan petang Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga terus dilimpahi rahmat” - Anwar titip ucapan ulang tahun ke-101 kepada Tun MKelihatan Dr Mahathir turut ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Sementara itu, Dr Siti Hasmah pula bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Ahad ini.Dr Mahathir yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah menerajui pentadbiran Malaysia pada 1981 selama 22 tahun.Beliau sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.