PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Dalam hantaran di media sosial, Anwar turut mendoakan kesejahteraan buat bekas perdana menteri tersebut. "Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad."Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah," tulis Anwar.Menerusi hantaran tersebut, Anwar turut berkongsi gambar kenangan bersama Dr Mahathir yang memaparkan mereka sedang ketawa bersama Tun Mohd Khalid Yaakob.Anwar merupakan timbalan perdana menteri ketika Mahathir bergelar perdana menteri keempat pada Disember 1993 hingga September 1998.Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.