suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kes tikam Banting dituduh di mahkamah pada Jumaat

Insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin lalu menggemparkan negara.

REMAJA perempuan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting akan didakwa di Mahkamah Telok Datok pada Jumaat.

Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan, pertuduhan akan dibuat pada pukul 8 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan daripada semua individu yang tersenarai dalam nota milik suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes tikam pelajar Banting pernah terjun bangunan sekolah

Beliau turut mengesahkan bahawa siasatan mendapati suspek mengalami masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu ditahan selepas dipercayai menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Banting.

Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, suspek dilihat memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama dengan memakai kemeja-T hitam dan seluar bercorak kotak-kotak merah.

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan suspek berjalan di sekitar kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau, manakala pelajar lain bertempiaran lari menyelamatkan diri. -The Star