suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Onn Hafiz tolak mentah-mentah, tiada ruang untuk PAS dalam barisan Exco Johor

Onn Hafiz Ghazi optimis BN berjaya membentuk semula kerajaan di Johor. -CHAN TAK KONG/The Star

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan tiada ruang buat PAS atau mana-mana parti dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali diberi mandat.

Onn Hafiz berkata, pendirian tersebut bukan perkara baharu kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini dan akan diteruskan sekiranya beliau sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Johor.

"Perkara ini pernah saya lakukan sebelum ini dan saya akan melakukannya sekali lagi jika terus diberi amanah sebagai Menteri Besar.

"Sebab itu saya memerlukan sokongan seluruh Bangsa Johor supaya BN dapat membentuk sebuah kerajaan negeri yang kukuh," katanya pada sesi temu bual bersama media di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru, pada Khamis.

BACA SINI: BN tak cukup majoriti? PAS sedia ‘payung’ kerusi bentuk kerajaan negeri Johor... Serah jawatan MB kepada Umno

Pengerusi BN Johor itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi panas kononnya terdapat kemungkinan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) lantikan akan diperuntukkan kepada PAS.

Mengulas dakwaan bahawa calon yang tewas dalam pilihan raya masih boleh dilantik sebagai exco, Onn Hafiz menjelaskan bahawa perkara itu sama sekali tidak dibenarkan mengikut undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan DAP kerana mendakwa parti itu mengamalkan politik yang menyebarkan kebencian, kekeliruan dan membuat janji palsu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pendirian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman, sebaliknya melibatkan penolakan terhadap pendekatan politik yang dibawa DAP dalam pentadbiran negeri.

Onn Hafiz turut menyentuh beberapa dasar Kerajaan Persekutuan yang menurutnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Johor.

Beliau menggesa pengundi menggunakan pilihan raya sebagai platform untuk menyampaikan mesej kepada Putrajaya berhubung beberapa isu yang dianggap membebankan rakyat.