PENGANJUR program hiburan bertemakan disko retro, hippie di sebuah premis di tepi Sungai Kelantan tampil membuat permohonan maaf pada Rabu.Menurut wanita yang dikenali sebagai Fykaaschaa Kaka itu, dia akur dengan undang-undang dan berhasrat untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera. "Saya minta maaf jika perkara ini mengganggu anda semua. Saya bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera."Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sudah datang jumpa kami. Jadi tak perlu nak diperbesarkan lagi hal ini," ujarnya menerusi Facebook.Poster program berkenaan yang tular di media sosial. Dalam hantaran sama, wanita itu turut memberi penjelasan tentang konsep program berkenaan yang disalah tafsir oleh orang ramai."Saya akur dengan undang-undang kerajaan negeri dan pusat. Cuma, apa yang berlaku tidaklah seperti yang ditularkan."Tajuk utama 'disko' yang menjadi (isu) besar, walhal itu hanyalah majlis kecil, private untuk keluarga dan kawan-kawan."Ia bukan majlis hiburan semata-mata, tapi perjumpaan keluarga dan kawan-kawan terdekat, berkumpul dan parti hari lahir saja," ujarnya.Wanita itu turut mengaku mengenakan bayaran kepada tetamu yang hadir bagi menampung kos sewa premis, makanan serta permainan.ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kelantan pantau ‘founder’ kosmetik, usahawan ‘online’ suka longgok duit masa siaran langsung... Disyaki cuci duit!"Isu jadi besar apabila tular video pendek berjoget dan berdansa, ia jadi point utama sedangkan ia bukan aktiviti utama majlis. Itu perkara biasa yang berlaku di sesuatu majlis."Kita manusia biasa, tak lari buat silap. Saya akui itu, kadang-kadang niat nak berkumpul, release tension bukannya nak tubuhkan kelab disko," jelasnya lagi.Terdahulu, video sekitar acara yang berlangsung pada Jumaat, 3 Julai itu tular di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai, khususnya penduduk negeri Kelantan.Program hiburan disko retro, hippie 60-an, 70-an dan 80-an di restoran popular di tepi Sungai Kelantan itu juga dikesan tidak mempunyai lesen hiburan.Susulan kes tular itu, MPKB-BRI mengeluarkan notis kesalahan dan tawaran kompaun berjumlah RM25,000 kepada premis perniagaan berkenaan.Notis itu dikeluarkan pada Rabu sewaktu perjumpaan antara pegawai Jabatan Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI bersama pemilik premis dan penganjur program.