suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poket pekerja selamat! Caruman 0.75 peratus skim Lindung 24 jam kini tak wajib

Fahmi memaklumkan Kementerian Sumber Manusia akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung keputusan berkenaan.

KABINET memutuskan caruman pekerja bagi Skim Bencana Pekerjaan untuk Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi diwajibkan, berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu bermakna caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja kini dilaksanakan secara sukarela.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat susulan maklum balas yang diterima kerajaan berhubung pelaksanaan potongan 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi skim Lindung 24 Jam.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas yang diterima mengenai pelaksanaan caruman 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi skim Lindung 24 Jam PERKESO.

"Susulan itu, Kabinet memutuskan caruman tersebut tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

"Kementerian Sumber Manusia akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung keputusan ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, lebih sembilan juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dilaporkan menerima perlindungan automatik bagi kemalangan bukan di tempat kerja bermula 1 Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan sebelum ini berkata, skim Lindung 24 Jam yang diperkenalkan menerusi pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 memberi perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh kepada pekerja, termasuk ketika cuti umum dan hari rehat.

Beliau turut menjelaskan bahawa caruman skim berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada siling gaji caruman sebanyak RM6,000.

Bagi fasa awal pelaksanaan, kadar caruman ditetapkan pada 0.75 peratus daripada gaji bulanan pekerja, manakala majikan bertanggungjawab membuat potongan gaji serta menyalurkan caruman tersebut kepada PERKESO setiap bulan.

Artikel Lain