suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang kena hon, jurujual tetak penunggang motosikal guna pisau potong daging dipenjara 10 tahun dan 2 sebatan

Azmi Jantan yang berusia 43 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

JURUJUAL yang menetak seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada Jun lalu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu.

Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Azmi Jantan, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun dengan menetaknya menggunakan pisau potong daging iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, kira-kira pukul 8.19 pagi, 11 Jun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan sudah ditahan... Puncanya tak puas hati kena hon

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Jun lalu.

Menurut fakta kes, mangsa yang juga eksekutif sebuah syarikat mengalami kecederaan patah tulang bahu, tulang tangan, tulang jari dan pergelangan tangan kiri serta luka di kepala dan muka.

Timbalan Pendakwa Raya, Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran serta faktor mangsa mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ penting akibat serangan tertuduh.

Azmi yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah mengurangkan hukuman dan turut memaklumkan dia tiada tanggungan serta tidak mengenali mangsa.

mStar pada 11 Jun melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai menetak seorang penunggang motosikal dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging, dalam kejadian di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan dekat Seksyen 13, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati susulan mangsa membunyikan hon kepadanya.

Artikel Lain