suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kelantan pantau ‘founder’ kosmetik, usahawan ‘online’ suka longgok duit masa siaran langsung... Disyaki cuci duit!

Mohd Yusoff berkata pemantauan itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur pengubahan wang haram.

POLIS sedang memantau beberapa pengasas jenama kosmetik dan perniagaan dalam talian yang gemar mempamerkan kekayaan luar biasa di media sosial kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, meskipun setakat ini aktiviti perniagaan individu-individu berkenaan didapati tidak membabitkan penipuan, tindakan mereka mempamerkan gaya hidup mewah termasuk menunjukkan longgokan wang tunai ketika bersiaran langsung di media sosial menarik perhatian pihak berkuasa.

Jelasnya, pemantauan itu tertumpu bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur pengubahan wang haram.

"Mereka kini berada dalam radar kami. Kami sedang memantau mereka bagi mengesan kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang haram.

"Jika terdapat sebarang kesalahan, kami akan mengambil tindakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis serbu pesta gay di Kelantan... Ratusan kondom dan ubat HIV dirampas, 20 ditahan

Mohd Yusoff berkata, individu yang disiasat perlu mengemukakan dokumen sokongan termasuk resit dan rekod transaksi bagi membuktikan sumber wang dimiliki.

Tambahnya, tindakan mempamerkan kekayaan secara berlebihan di media sosial lazimnya bertujuan menarik perhatian orang ramai terhadap produk yang dipasarkan.

"Apabila orang melihat seseorang kelihatan kaya dan mempamerkan longgokan wang tunai, mereka akan menganggap produk jualan mereka mendapat sambutan serta mampu menjana keuntungan besar," katanya. -The Star

Artikel Lain