SEBANYAK 1,076 pusat mengundi yang melibatkan 4,889 saluran mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dibuka serentak pada pukul 8 pagi Sabtu.Proses pengundian yang melibatkan 2.7 juta pengundi berdaftar dijadualkan berlangsung sehingga 6 petang, selepas tempoh berkempen selama 14 hari berakhir pada tengah malam Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: BN tak cukup majoriti? PAS sedia ‘payung’ kerusi bentuk kerajaan negeri Johor... Serah jawatan MB kepada UmnoPilihan raya kali ini menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melibatkan 12 pertandingan empat penjuru, 27 pertandingan tiga penjuru dan 14 pertandingan satu lawan satu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70 peratus, manakala keputusan penuh dijangka diumumkan seawal 10 malam.Sementara itu, cuaca di kebanyakan kawasan pagi ini dilaporkan cerah, kecuali di Muar yang mengalami hujan. - The Star.