suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Celik jiwa demi negara! Pemuda buta sejak lahir teruja pertama kali tunai tanggungjawab sempena PRN Johor

Wong dibantu ibunya ketika proses pengundian pada pagi Sabtu.

SEORANG pemuda buta sejak lahir menjadi antara pengundi yang mencuri perhatian semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

Di sebalik kekurangan diri, Wong Wee Xiang, 20, yang merupakan anak jati Simpang Renggam membuktikan bahawa undi setiap warganegara tetap mempunyai nilai yang besar.

Dia dilihat tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon kira-kira pukul 9.15 pagi dengan penuh semangat.

Selepas selesai menyemak saluran mengundi, anak muda ini dipimpin erat oleh ibunya melangkah masuk ke bilik mengundi untuk menunaikan tanggungjawab pertamanya kepada negara.

Wong berkata, dia sudah lama menantikan hari pengundian dan teruja dapat mengundi buat kali pertama.

"Saya memang menantikan peluang untuk mengundi," katanya selepas selesai membuang undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca cerah di kebanyakan lokasi, hanya Muar dilanda hujan... Proses pengundian di 1,076 pusat mengundi PRN Johor dibuka

Sebagai pengundi kurang upaya penglihatan, Wong berkata dia memaklumkan kepada ibunya calon yang ingin dipilih sebelum wanita itu menandakan kertas undi bagi pihaknya.

Dia menyifatkan proses pengundian berjalan lancar dan gembira kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

Wong turut memuji pengurusan di pusat mengundi yang menyediakan laluan khas serta memberi keutamaan kepada pengundi orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, kemudahan dan bantuan yang disediakan memastikan keseluruhan proses pengundian berjalan dengan lancar. - The Star

Artikel Lain