suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwa anak dibuli ketika program di dewan terbuka... Bapa pelajar kes kejar rakan guna pisau tampil buat laporan polis

Provokasi boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan AI

BAPA kepada pelajar Tingkatan Satu yang mengejar tiga rakannya dengan pisau pemotong kertas di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka pada Khamis tampil membuat laporan polis, mendakwa anaknya bertindak demikian selepas dibuli.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pasangan itu mendakwa anak lelaki mereka dibuli oleh pelajar terbabit sehingga bertindak demikian ketika program sedang berlangsung di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Susulan itu mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada pukul 6.24 petang, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap dibaling ais, pelajar Tingkatan Satu kejar rakan dengan pisau pemotong kertas

“Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 307B Kanun Keseksaan berkaitan kes buli dan siasatan menyeluruh akan diteruskan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.

“Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti semua pihak,” katanya.

Ahmad memaklumkan pihaknya difahamkan ibu bapa kepada tiga pelajar lelaki yang dikejar itu juga dijangka akan membuat laporan polis.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mereka.

mStar pada Jumaat melaporkan, kerap dibuli dengan dibaling ais menjadi punca seorang pelajar Tingkatan Satu mengejar tiga rakannya sambil memegang pisau pemotong kertas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah.

Berdasarkan siasatan polis, dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dipercayai berulang kali membaling ais ke arah mangsa.

Artikel Lain