KEHIDUPAN berumah tangga dan tanggungjawab mengurus anak sering menjadi antara perkara yang menguji kesabaran pasangan suami isteri, terutamanya apabila masing-masing kepenatan dengan komitmen harian.Situasi itu dilalui seorang wanita ini yang cukup terkilan apabila mengetahui suaminya sanggup berbohong semata-mata mahu meluangkan masa bersendirian (me time) selepas tamat waktu bekerja. Jelas wanita itu, suaminya sebelum ini dikatakan kerap pulang lewat malam dengan memberi alasan mahu membuat kerja sambilan sebagai pemandu p-hailing.Tugas suri rumah cukup mencabar sekiranya dilakukan sendirian tanpa bantuan suami. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, penipuan itu terbongkar apabila suaminya mengaku sebenarnya kerap menonton wayang selepas pulang dari pejabat.Tindakan itu dilakukan kerana dia berasa stres dan mahu menenangkan fikiran, terutama selepas berlaku perselisihan faham antara mereka."Selama ini kalau bergaduh atau dia stres dengan aku, selepas habis kerja pukul 8 malam dia akan menipu kononnya sambung buat servis p-hailing sampai pukul 12 tengah malam."Hakikatnya, kadang-kadang dia pergi menonton wayang untuk tayangan midnight. Dia tak mahu balik awal sebab malas nak jaga atau tidurkan anak selepas pulang kerja."Apabila dia mengaku begitu, aku cuma diam dan tak tahu nak balas apa. Katanya, dia perlukan me time," luahnya.Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui suaminya berbohong kononnya mahu menyambung kerja sambilan Grab selepas pulang dari pejabat.Suaminya didakwa pergi menonton wayang pada waktu malam, terutama ketika stres atau berlaku perselisihan faham antara mereka.Lelaki itu dikatakan sengaja pulang lewat bagi mengelakkan tanggungjawab mengurus anak dan membantu kerja rumah selepas waktu bekerja.Suaminya mengakui tindakan itu dilakukan demi mendapatkan 'me time' dan ruang untuk menenangkan diri.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui kerja sambilan sebagai penghantar makanan merupakan salah satu sumber pendapatan tambahan keluarganya, namun dia turut berharap suaminya memahami penat lelahnya menguruskan rumah tangga sebagai suri rumah sepenuh masa.Malah, wanita itu mendakwa sejak mengandung sehingga melahirkan anak, kebanyakan urusan dilakukan sendiri manakala suaminya lebih banyak membantu daripada segi kewangan."Aku pernah je cakap dengan dia , aku nak me time sehari dari pagi sampai malam. Aku nak keluar sendiri, dia jaga anak je.ARTIKEL BERKAITAN: Harapan lihat suami kaki hidu gam berubah tinggal mimpi... Selepas cerai baru tahu kena tipu, gelang hantaran pun rupanya emas palsu!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hilang arah lepas dapat tahu rupanya suami perokok, rasa ditipu! Ringan mulut nak minta cerai"Tapi dia tak bagi, dia kata tak tahu nak urus anak ni macam mana. Anak kami seorang je, baru setahun umurnya. "Sejak mengandung sampai bersalin semua aku buat sendiri dia hanya keluar duit je kalau aku nak apa-apa," tambahnya.Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang cukup bersimpati dengan situasi wanita berkenaan.Ramai berpendapat bahawa keperluan untuk berehat bukan hanya terhad kepada suami, sebaliknya suri rumah juga berhak khususnya dalam soal penjagaan anak.