suria

Mat motor maki ambulans lewat, rakan ‘accident’ tahan sakit 30 minit… Saksi kemalangan terus ‘sembur’ ayat padu!

Orang awam boleh memberi bantuan awal sementara menanti kedatangan ambulans. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang menyaksikan kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal.

Dalam hantaran di Threads, dia meluahkan rasa kesal kerana rakan mangsa bertindak memarahi pasukan paramedik gara-gara kelewatan ambulans ke lokasi kejadian.

"Tadi ada kemalangan budak-budak motor RXZ kat tempat aku. Aku berhenti nak tengok keadaan, mana tahu boleh bantu awal sebab ambulans belum sampai.

Potholes at several areas that have been neglected around Klang city. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang awam perlu menghormati petugas barisan hadapan. -Gambar hiasan

"Tak lama tu ambulans sampai. Tiba-tiba seorang member dia ni maki paramedik sebab lambat sangat sampai, dah setengah jam," ujarnya.

Menurut pemuda itu, dia terus menegur individu tersebut kerana kata-katanya yang dianggap biadab terhadap petugas barisan hadapan.

"Terus keluar ayat pedas aku. Kau ingat ambulans ni kereta Formula 1 nak pecut terus sampai? Bawa motor macam orang bingai sampai kemalangan.

  • Pemuda cerita kisahnya yang menyaksikan kemalangan penunggang RXZ.
  • Dia mendakwa rakan mangsa marah paramedik kerana ambulans lambat.
  • Pemuda itu 'sound' pelaku kerana biadab dengan pasukan paramedik.
  • Ramai netizen turut menyelar golongan mat rempit.

"Ada fikir nak jaga keselamatan? Dah tergolek, kau nak marah ambulans. Untung ambulans sampai, kalau van jenazah sampai, bawa ke kubur je la.

"Dah la tak berterima kasih. Nampak sangat attitude budak tiada SPM. Dengan rambut warna. Bila kemalangan, baru nak menyesal," tulisnya panjang lebar.

Hantaran itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan tingkatan 4 kemaruk cinta mat rempit! Memberontak kemahuan dihalang ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Rempit je pegang handbag perempuan!” - Lelaki tegur geng suami, perlekeh ‘bahasa cinta’ pasangan romantis

"Sejak bila mat rempit bijak? Yang elok-elok main motor tu mat motor. Kalau bawa serupa pelesit, tu la mat rempit.

"Lain kali terus hubungi polis, suruh bawa trak. Tak payah hubungi ambulans.

"Budak rempit rambut karat ada ke yang bijak? Kebanyakannya 'bingai' sejak azali," tulis netizen.

Artikel Lain