SETIAP orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza.
Seperti wanita ini, dia mengakui kehidupan yang dilalui sejak kecil hingga kini, penuh onak dan duri.
Lebih menambah rasa sedih apabila dia turut mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang harta meskipun sudah menginjak usia 50 tahun.
"Tahun depan makcik dah masuk 50 tahun, setakat ini makcik tidak mempunyai rumah sendiri, kereta atau harta segalanya," luahnya di Thread.

Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum membuat pembelian rumah. -Gambar hiasan
Mengenang kisah hidupnya di usia remaja, ujar wanita ini, dia terpaksa menyara keluarga selepas tamat peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
"Masa remaja makcik selepas tamat SRP dihabiskan untuk menyara keluarga, SRP pun tak lulus.
"Selepas itu berkahwin dan menjadi suri rumah, tiada pendapatan sendiri," ujarnya.
Kesukaran hidup semakin dirasai apabila dia diceraikan selepas mempunyai tiga cahaya mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya baru nak stabil, ibu paksa beli rumah sebab dah letih menyewa... 'Demand' jenis 'landed' - “Aku langsung tak bersedia”
ARTIKEL BERKAITAN: Beli lampin anak pun pinjam duit orang, ada hati ‘intai’ rumah 500,000... Wanita tegur lelaki gaji RM4,000 muhasabah diri
Susulan itu dia terpaksa bekerja di sebuah kilang bagi menyara kehidupan bersama anak-anak.
"Hidup susah sebab gaji kecil dan semua tanggung sendiri. Apabila anak-anak dah besar, makcik mengasuh anak orang pula sampailah sekarang," luahnya lagi.
Kesusahan dan kesukaran hidup yang dilalui membuatkan wanita ini menitipkan pesanan kepada generasi muda.
- Wanita usia hampir 50 tahun luah hidupnya penuh kesusahan sejak remaja hingga kini tanpa rumah atau harta.
- Terpaksa bekerja sara keluarga lepas gagal SRP dan kemudian jadi suri rumah.
- Hidup makin perit lepas bercerai, kerja kilang sambil membesarkan tiga anak seorang diri.
- Kini mengasuh anak orang untuk teruskan hidup.
- Nasihat generasi muda beli rumah walau kecil.
- Netizen sebak dan setuju dengan nasihatnya, terutama tentang pentingnya pendidikan dan perancangan masa depan.
Baginya, setiap individu patut memiliki sebuah rumah walaupun bersaiz kecil.
"Korang yang muda ni, makcik pesan supaya belilah rumah walau kecil, harta sedikit.
"Nanti dah tua, sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dan tak menumpang orang," tambahnya yang menetap di sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

Antara reaksi netizen.
Perkongsian hidupnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya bersetuju dengan nasihat yang disampaikan.
"Nasihatkan anak-anak betapa pentingnya pelajaran, saya pun hampir sebaya dengan awak... beza dua tahun, bukan mudah nak ubah nasib melainkan dengan pelajaran.
"Saya selalu pesan pada anak macam ni, Alhamdulillah anak sulung cakap nak beli rumah dulu selepas dapat kerja.
"Setuju, saya pun menyewa berbelas tahun dah, tipulah kalau tidak inginkan rumah sendiri cuma harga rumah sekarang memang tak boleh bincang," demikian antara reaksi netizen.


