suria

Kena ‘body shaming’ depan khalayak, wanita ‘sembur’ balik individu biadab - “Baru anak dua, perut lagi besar dan berlipat!”

Teguran perlu dilakukan dengan cara beradab. -Gambar hiasan AI

ADAB ketika menegur merupakan antara elemen penting dalam kehidupan bermasyarakat, terutama sekali melibatkan perkara sensitif seperti fizikal dan penampilan diri.

Di laman Threads, seorang wanita berkongsi situasi dirinya ditegur di hadapan khalayak ramai mengenai penampilan dan pakaian yang dipakainya.

"Hari Khamis, baju batik dan kain satin... ada seorang ni tegur depan orang ramai, tak sesuai pakai baju ni sebab nampak perut," luahnya mengimbau situasi yang tidak disenangi itu.

Segelintir individu gemar menjadikan fizikal orang lain sebagai 'modal' bersembang. -Gambar hiasan AI

Segelintir individu gemar menjadikan fizikal orang lain sebagai 'modal' bersembang. -Gambar hiasan AI

Dia yang tersentak dengan teguran tersebut terus membalasnya sambil menuding ke arah perut individu berkenaan.

"Aku dah selalu sangat direndah-rendahkan dan diam, tapi kali ini memang aku jawab sampai dia terkedu.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ‘syok sendiri’, perasan diekori awek dalam pasar raya... Lelaki malu besar wanita datang tegur kesilapan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita beri teguran ‘pedas’, malu tengok kaum sendiri bertudung tapi ‘belanja’ dada, siap tayang subang - “Tak lawa, serius!”

"Sebelum akak tegur saya, cuba tengok perut akak dulu... aku menuding jari ke arah perut dia yang ketika itu tengah duduk.

"Baru anak dua, perut lagi besar dan berlipat daripada saya... lagi nak tegur orang," tambahnya lagi.

Menurut wanita itu, keadaan fizikalnya adalah perkara normal bagi ibu kepada empat cahaya mata.

Malah katanya, bukan mudah bagi wanita memiliki bentuk badan seperti zaman bujang apabila sudah melahirkan anak.

  • Adab menegur penting, terutama bab fizikal dan penampilan.
  • Wanita ditegur depan khalayak ramai soal perut dan pakaian.
  • Kerana terkilan, dia balas teguran hingga individu itu terkedu.
  • Dia tegaskan perut berlipat normal bagi ibu beranak empat.
  • Netizen simpati, kecam perbuatan 'body shaming'.

"Apa yang awak jangkakan untuk perempuan yang sudah beranak empat untuk dapat perut flat macam zaman bujang?" kongsinya lagi.

Baginya, teguran itu mungkin boleh diterima jika mereka saling mengenali dan merupakan rakan baik (BFF), namun tidak beradab jika dilontarkan oleh orang luar terutama sekali di hadapan khalayak.

"Orang selalu normalisasikan sikap merendahkan dan memalukan orang lain.

Warga maya menyokong tindakan wanita ini.

Warga maya menyokong tindakan wanita ini.

"Kalau BFF... memang dah terbiasa kutuk atau cakap apa pun tak apalah sebab memang kita langsung tiada perasaan, borak dalam circle yang sama.

"Tapi kau tu entah siapa-siapa dengan selamba memalukan orang depan orang lain," luahnya geram.

Perkongsiannya mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersimpati dan mengecam sikap individu terbabit.

"Selalu yang mengata tu dirinya lebih buruk ya.

"Bab body shaming ni memang saya pernah kena setiap kali balik kampung.

"Mantap sis, diam terus orang sebab mulut tak ada insuran," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain