PENYANYI Shiha Zikir meminta jasa orang ramai untuk mengesan salah seorang kakitangan syarikatnya yang didakwa gagal dikesan.Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, individu berkenaan menghilangkan diri meskipun masih dalam tempoh perkhidmatan. “Siapa yang mengenali beliau, mohon minta dia hubungi pihak syarikat dengan segera bagi menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai.Perkongsian Shiha tentang individu berkenaan. “Sepatutnya beliau perlu hadir ke pejabat memandangkan surat penamatan kerja masih belum dikeluarkan," katanya dalam satu hantaran di Instagram.Shiha turut berkongsi gambar serta nama pekerja wanita terbabit. Malah, staf tersebut dikatakan telah menyalahgunakan kenderaan syarikat untuk tujuan peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh lagu ditapis, Shiha Zikir akhirnya temui ‘Jalan Cinta’ buat Raes Arifin ARTIKEL BERKAITAN: Sukar kawal emosi, dua tahun Shiha Zikir simpan lagu ‘Renjana’... Menangis dalam bilik bila menyanyi"Risau dengan keadaan beliau memandangkan dia sangat tidak memberi kerjasama yang baik. "Kereta syarikat yang digunakan sehingga terlibat dalam kemalangan atas tujuan peribadi masih belum diselesaikan dari segi ganti rugi kepada pihak syarikat.Shiha minta individu berkenaan tampil menghubunginya. Dalam masa sama, Shiha juga memberitahu pihaknya telah memberi peluang kepada individu berkenaan, namun dia masih gagal menyelesaikan isu berkaitan."Pihak syarikat juga sudah sedaya upaya memberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara baik, namun tidak diberi kerjasama yang sepatutnya," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!