LUMRAH bagi setiap pendidik, mereka perlu bersedia untuk dihantar bertugas ke seluruh pelusuk negara termasuklah di kawasan pedalaman.Bagi Laila (bukan nama sebenar), dia masih ingat kejadian mistik sewaktu pertama kali berpindah ke sebuah negeri di Pantai Timur, beberapa tahun lalu. Sebagai guru baharu, arahan penempatan itu disambut dengan hati terbuka walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga.Bagaikan langkah kanan, Laila bernasib baik kerana berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa berdekatan sekolah. Setiap hari dia akan memandu Perodua Viva miliknya ke sekolah, melalui jalan kampung yang cukup mendamaikan jiwa.Pada minggu kedua bertugas di sekolah itu, Laila terpaksa pulang lewat kerana mengendalikan latihan sukan bola jaring.Selepas menghantar beberapa murid pulang ke rumah mereka, Laila terus memandu untuk balik menunaikan solat Maghrib.Tiba-tiba, dari jauh, Laila terlihat sesuatu di tengah jalan.Setelah diamati, kelihatan seorang wanita sedang berdiri sambil melambai-lambai tangan seperti meminta bantuan.Kemunculan entiti misteri boleh menyebabkan pemanduan terganggu. -Gambar hiasan AIApabila keretanya semakin dekat, Laila dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu berlumuran darah, pakaian putihnya kotor dan koyak. Terkejut dan panik, Laila menekan brek kecemasan menyebabkan kereta berhenti mengejut sehingga kepalanya terhentak pada stereng.Nafasnya laju, tangannya menggigil, namun sejurus dia mengangkat semula kepalanya, wanita yang dilihatnya tadi sudah tiada.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat tak bertuan, rupanya ada penunggu! Wanita menyesal makan mangga luar pagar, anak dalam kandungan jadi mangsaARTIKEL BERKAITAN: Ingat estetik, rupanya mistik! Pemuda ini menyesal bawa pulang ‘kucing’ pasar karatPerasaan takut mula menyelubungi dirinya. Tanpa berfikir panjang, Laila terus memecut pulang ke rumah.Setibanya di rumah, dia segera mandi dan menunaikan solat, cuba menenangkan hati yang masih berdebar.Keesokan harinya, Laila memberanikan diri bertemu dengan Cikgu Shamsiah, seorang guru senior yang agak rapat dengannya.Guru perlu bersedia untuk dihantar bertugas ke negeri yang jauh. -Gambar hiasan AISebagai individu yang menetap di kampung sama, cerita daripada Cikgu Shamsiah cukup mengejutkan Laila."Enam tahun lepas, ada kes bunuh kat situ. Seorang wanita dibunuh dan mayat dia dibuang dalam semak. Orang kampung jumpa beberapa hari lepas tu."Sejak kejadian itu, memang ada orang kampung yang nampak benda pelik apabila lalu di kawasan tu, terutama waktu Maghrib atau malam,” ujar Cikgu Shamsiah.Laila terdiam, namun dia mula teringat keadaan dirinya malam tadi yang agak keletihan."Mungkin saya diganggu sebab badan saya lemah,” katanya perlahan.Cikgu Shamsiah mengangguk sebelum dia memberi nasihat kepada Laila agar menggunakan jalan lain untuk pulang ke rumahnya pada waktu malam."Boleh jadi. Benda macam tu memang suka ganggu orang yang penat atau lemah. Lagi satu, kalau boleh, elakkan guna jalan tu lepas Maghrib. Ada jalan lain, cuma jauh sikit," ujarnya lagi.Sejak hari itu, Laila tidak lagi berani melalui jalan tersebut pada waktu malam.Walaupun jaraknya lebih jauh, dia memilih laluan alternatif demi ketenangan dan keselamatan dirinya.