CCTV boleh menghantar notifikasi kepada pemilik jika ia mengesan sebarang pergerakan. -Gambar hiasan AI
KEMATIAN itu pasti akan dirasai oleh setiap makhluk bernyawa, menandakan berakhirnya kehidupan di dunia namun tiada siapa dapat meramalkan bila ia akan berlaku.Bagaimanapun, adakalanya ia hadir dengan beberapa petanda yang biasanya tidak kita sedari. Begitulah juga yang berlaku kepada arwah Mursyid (bukan nama sebenar) malah pemergian lelaki itu masih lagi segar dalam ingatan rakan baiknya, Fahmi. Sekitar penghujung tahun lalu, Mursyid pernah mengadu kepada Fahmi tentang beberapa siri kejadian aneh yang berlaku di kediamannya.Imbas Fahmi, Mursyid memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya selepas insiden kecurian yang berlaku beberapa bulan sebelum itu.Tanda-tanda kematian seseorang biasanya hanya disedari selepas arwah sudah menghembuskan nafas terakhir. -Gambar hiasanNamun sekitar Disember, Mursyid mendakwa CCTV di rumahnya mula mengesan pergerakan aneh yang hanya berlaku antara tengah malam sehingga awal pagi.Menurut Mursyid, dia menerima notifikasi kerana sistem CCTV tersebut telah disambungkan secara langsung dengan peranti miliknya.Apabila diperiksa rakaman tersebut, Mursyid hanya melihat bayang atau cahaya yang bergerak pantas dalam tempoh kurang daripada lima saat.Kehadiran entiti itu berulang di lokasi yang sama selama beberapa hari sehingga menimbulkan kegelisahan dalam dirinya.Mursyid mula berasa takut dan menganggap mungkin rumahnya mengalami gangguan hantu atau makhluk halus.ARTIKEL BERKAITAN: Kepala terhentak pada stereng, cikgu ‘break’ mengejut ditahan wanita berlumuran darah tepi jalanARTIKEL BERKAITAN: Ingat estetik, rupanya mistik! Pemuda ini menyesal bawa pulang ‘kucing’ pasar karatNamun, Fahmi menenangkan sahabatnya itu dengan menyuruhnya berehat dan tidak terlalu memikirkan perkara tersebut secara berlebihan.Namun dua minggu kemudian, Fahmi menerima berita mengejutkan yang Mursyid meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung.Kisah kematian Mursyid menjadi bualan rakan pejabat mereka, malah ia menimbulkan tanda tanya selepas Fahmi berkongsi tentang kejadian aneh dialami arwah.Malah, ada membuat teori bahawa entiti misteri dikesan dalam rakaman CCTV di rumah Mursyid sebenarnya adalah malaikat maut yang hadir 'melawat' sebelum kematiannya.Sejauh manakah kebenaran itu, tiada siapa yang tahu jawapannya.