BAGI pemuda dikenali sebagai Aqeem, berjalan di pasar karat sekitar Selangor sudah menjadi rutin kegemarannya setiap hujung minggu.Manakan tidak, pelbagai barangan lama yang unik boleh dijumpai ketika dia mengunjungi pasar karat. Lelaki lewat 20an itu gemar mengumpul hiasan kecil serta patung figura (action figure) untuk diletakkan di dalam bilik, terutama barang yang mempunyai nilai estetik dan nampak klasik.Pada satu hari, ketika sedang melihat barangan di sebuah gerai lama, matanya tertarik kepada satu ukiran kayu berbentuk kucing yang kelihatan sangat comel dan kemas buatannya.Patung kayu itu bersaiz kecil, berwarna coklat gelap dengan ukiran mata sangat tajam seolah-olah sedang memerhati sesiapa yang melihatnya.Walaupun nampak seperti barang biasa, ada sesuatu pada patung itu yang membuatkan Aqeem terus mahu membelinya, selain harganya murah dan sesuai dijadikan dekorasi di atas rak.Kejadian aneh yang dialami itu dikaitkan dengan patung kucing yang baru dibeli. -Gambar hiasan AITanpa berfikir panjang, dia membawa pulang ukiran tersebut lalu meletakkannya di bilik bersama koleksi action figure dan beberapa barang hiasan lain.Pada mulanya semuanya kelihatan normal, namun Aqeem mula merasa suasana rumah menjadi aneh dan tidak seperti biasa pada malam pertama patung itu berada di biliknya.Dia terdengar bunyi ketukan kecil dari arah rak walaupun ketika itu semua orang di rumah sudah tidur dan keadaan sangat sunyi.Aqeem cuba mengabaikannya kerana menyangka mungkin bunyi biasa dari arah tingkap yang terkena angin malam.Namun sekitar pukul 2 pagi, dia terjaga apabila terdengar bunyi seperti sesuatu objek besar jatuh dari kawasan rak di dalam biliknya.Ketika membuka mata, suasana bilik terasa terlalu gelap dan sunyi, tetapi apa yang membuatkan dia terus kaku adalah ukiran kucing itu sudah tidak berada di tempat asalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat tak bertuan, rupanya ada penunggu! Wanita menyesal makan mangga luar pagar, anak dalam kandungan jadi mangsaPatung tersebut kini berada di atas meja belajar seolah-olah merenungnya, berada berdekatan katil walaupun dia yakin langsung tidak menyentuhnya sebelum tidur.Jantungnya terus berdegup laju, namun dia cuba menenangkan diri dan meletakkan semula ukiran itu di atas rak sebelum kembali baring untuk tidur.Tidak lama selepas itu, Aqeem terasa seperti ada sesuatu yang berat menekan dadanya hingga dia sukar bernafas dan tidak mampu menggerakkan badan.Dalam keadaan separuh sedar, dia hanya mampu membuka mata sedikit dan terlihat kelibat hitam berdiri berhampiran rak sambil memandang tepat ke arahnya.Lebih menyeramkan, dia terdengar bunyi seperti suara lelaki garau mendengus dalam nada marah di tepi telinga.Aqeem membeli ukiran kucing di pasar karat untuk hiasan bilik.Selepas itu, dia mula mendengar bunyi pelik pada waktu malam.Ukiran tersebut tiba-tiba berubah tempat sendiri.Dia turut diganggu dan kena tindih ketika tidur.Sejak itu, Aqeem serik membeli barang lama.Ringkasan ini dijana oleh AIDia cuba menjerit tetapi suaranya langsung tidak keluar, seolah-olah seluruh tubuhnya dikunci dan hanya mampu menahan rasa takut.Gangguan itu berlarutan beberapa saat sebelum tekanan di badannya hilang secara tiba-tiba dan dia terus bangun dalam keadaan berpeluh serta menggigil.Keesokan paginya, Aqeem mendapati beberapa action figure di atas rak sudah terjatuh berselerakan, manakala ukiran kucing itu pula berada betul-betul di atas bantalnya.Sejak kejadian itu, dia terus membuang ukiran tersebut dan tidak lagi berani membeli barang hiasan lama tanpa mengetahui asal usulnya kerana risau barang tersebut 'berpenghuni'.Baginya, tidak semua barang kelihatan cantik dan menarik sesuai dibawa pulang kerana kadangkala sesuatu yang kelihatan comel sebenarnya membawa gangguan tidak dijangka.