SUDAH menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk meletakkan cermin besar di bilik tidur untuk tujuan bersolek atau melihat penampilan diri sebelum keluar rumah.Namun, kejadian yang dialami oleh Atirah (bukan nama sebenar) membuktikan bahawa objek yang kelihatan biasa itu juga boleh dikaitkan dengan pengalaman seram. Menurut Atirah, dia memiliki cermin terpakai yang dibeli daripada sebuah kedai perabot lama di Selangor menerusi jualan lelong sekitar tahun 2019.Cermin setinggi kira-kira 170 sentimeter itu kemudian diletakkan pada hujung kaki bahagian katil di dalam bilik tidurnya.Sejak itu, cermin berkenaan sering menjadi tumpuan sehingga dia mengakui gemar berdiri lama di hadapannya tanpa menyedari waktu berlalu.Gangguan makhluk halus sering berlaku di dalam rumah. -Gambar hiasan AINamun, keadaan mula berubah apabila dia mengalami gangguan aneh serta tubuhnya sering berasa sejuk melampau selain diserang demam berpanjangan. Pemeriksaan di klinik bagaimanapun tidak menemukan sebarang punca penyakit yang jelas.Lebih membimbangkan, Atirah turut menyedari perubahan pada diri apabila kerap bermain rambut tanpa sedar, selain mula merasakan seolah-olah diperhatikan setiap kali berada di dalam bilik.Perasaan itu menjadi semakin kuat apabila dia mendakwa pernah terlihat bayang seakan-akan melintas di bahagian bawah cermin, berhampiran kawasan katil.Kemuncak gangguan berlaku pada suatu malam apabila Atirah terjaga daripada tidur dalam keadaan seram sejuk.ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Elak letak cermin depan katil, ini penjelasan pakar bilik tidurDalam suasana samar, pandangannya tertumpu ke arah cermin di hujung katil sebelum dia menyedari sesuatu yang mengejutkan.Melalui pantulan cermin, dia melihat satu lembaga hitam berdiri di sisi katilnya, dengan sepasang mata merah yang merenung tajam ke arahnya.Namun apabila dia memberanikan diri menoleh ke arah bertentangan dengan cermin, tiada apa yang kelihatan.Dalam keadaan panik, Atirah terus bangun untuk melarikan diri, namun terjatuh sebelum akhirnya pengsan.Keesokan harinya, dia kembali demam dan keadaan tersebut membuatkan keluarganya semakin buntu.Atirah alami gangguan mistik selepas guna cermin terpakai menghadap katil.Demam pelik tanpa punca jadi tanda awal gangguan dialami Atirah.Lembaga bermata merah muncul melalui pantulan cermin di biliknya.Perawat sahkan ada ‘sesuatu’ menumpang pada cermin dan bawah katil.Keadaan pulih selepas cermin dibuang dan amalkan doa.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan itu, Atirah dibawa mendapatkan rawatan alternatif daripada seorang perawat Islam.Menurutnya, perawat berkenaan memaklumkan bahawa terdapat 'sesuatu' yang menumpang pada cermin tersebut selain di kawasan bawah katil di dalam biliknya.Berikutan kejadian itu, Atirah mengambil keputusan membuang cermin berkenaan dan menggantikannya dengan yang baharu.Dia juga mula mengamalkan bacaan doa serta zikir sebagai perlindungan diri, khususnya sebelum melihat cermin.Selepas menjalani rawatan dan mengikuti nasihat yang diberikan, keadaan Atirah dilaporkan beransur pulih dan kembali seperti sediakala.