Bagi masyarakat Melayu, salah satu cara untuk merawat penyakit misteri adalah menerusi kaedah rawatan Islam. -Gambar hiasan Ai
DALAM masyarakat Melayu, istilah badi sering dikaitkan dengan kesan mistik yang menimpa seseorang akibat daripada perbuatan atau interaksi tertentu.Walaupun ada yang menganggapnya sekadar kepercayaan lama, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri sehingga sukar dijelaskan dengan logik akal. Satu perkongsian di Threads mengundang perhatian ramai apabila seorang individu menceritakan kisah mistik yang dialami sepupunya, dipercayai akibat terkena badi biawak.ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri beraya sampai demam, perjalanan ke Kedah rakam memori seram… Syukur ayat Kursi ‘buka’ semula laluan ‘berhijab’Menurut individu tersebut, kejadian berlaku sekitar tahun 2012, yang mana ketika itu sepupunya baru berusia 11 tahun."Pagi kejadian, atuk aku pukul biawak yang makan telur ayam kampung dia. Putus dua kepala biawak. Nak dijadikan cerita atuk aku suruh sepupu buang bangkai biawak ke sungai lebih kurang 300 meter dari rumah. "Atuk aku ikatkan tali pada ekor biawak tu dan suruh sepupu aku buang ke sungai. "Sepupu aku masa tu kan budak-budak. Dia tak pergi buang biawak tu dekat sungai tetapi dia gantung dekat pokok dan pukul ramai-ramai (dengan rakan lain). Bermula dari sinilah sepupu aku kena badi biawak," ujarnya.Beberapa hari kemudian, perubahan aneh mula berlaku. Sepupunya berkelakuan pelik, termasuk mendakwa sering terlihat makhluk halus.Ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak mengenai kasih sayang sesama makhluk Allah, termasuklah terhadap haiwan. -Gambar hiasan AILebih membimbangkan, anggota badannya bergerak tanpa kawalan seolah-olah mengalami gangguan saraf, manakala lidahnya kerap terjelir."Mak saudara bawa sepupu aku ke hospital dan periksa... tapi tiada sakit apa-apa pun. Sampailah ada seorang doktor ni bisik dekat mak saudara aku. Suruh bawa balik dan berubat kampung."Sepanjang enam bulan tu macam-macam ikhtiar dengan beberapa pengamal perubatan tapi keadaan sepupu tetap sama."Yang aku hairan semua pengamal perubatan yang datang cakap benda sama. Mereka cakap ini bukan saka tetapi badi. Daripada situlah aku tahu badi ni wujud," kongsinya. Keadaan menjadi semakin serius apabila sepupunya hanya mampu terlantar sehingga kulit di bahagian belakang badan berkudis."Apabila mak saudara aku fikir balik baru dia teringat yang sepupu aku ni ada pukul biawak."Macam mana dia seksa biawak tu, macam itulah jadi dekat badan dia. Bunyi macam mengarut tapi itulah yang jadi."Akhirnya, ada seorang Ustaz ruqyah dan bantu merawat. Masa rawatan dibuat, sepupu aku tak meracau dan tak mengamuk. Hanya mampu tengok dan air mata keluar," kongsinya lagi.Dengan izin Tuhan, keadaan sepupunya beransur pulih kira-kira sebulan kemudian namun dia tidak mengingati apa yang berlaku sepanjang enam bulan terlantar."Apabila dah jadi macam ni, kami mula percaya bahawa jangan aniaya binatang dan kita hidup dalam dunia ni berkongsi alam dengan mereka," akhirinya.