suria

Isteri selamat bersalin, Virgoun sedia terima kecaman... “Saya bertanggungjawab atas tindakan dibuat”

Virgoun (kiri) tidak lari daripada tanggungjawab terhadap perbuatannya.

KELAHIRAN cahaya mata pertama Virgoun dan isteri selepas tiga bulan mereka berkahwin mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Tampil menjawab kecaman yang diterima, Virgoun memberitahu dia tidak mahu lari daripada tanggungjawab dan sedia menanggung segala tindakan yang dilakukan.

"Ada satu perkara buat saya berpegang teguh, walau seburuk mana pun sikap saya, saya seorang bertanggungjawab atas segala tindakan dibuat. 

Perkongsian Virgoun di Instastory miliknya.

Perkongsian Virgoun di Instastory miliknya.

"Bila saya salah, saya pilih untuk diam. Saya terima semua kecaman dan tidak berlakon sebagai mangsa. 

"Kebaikan tak semestinya perlu didedahkan dan kejahatan seharusnya diperbaiki. Maka sembunyikanlah ia (kejahatan)," katanya. 

Virgoun berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan nikah... Netizen kongsi foto terkini isteri Virgoun, dakwa sedang sarat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun tamat zaman duda, pilih bulan Ramadan untuk kembali bernikah

Dalam pada itu, Virgoun turut meluahkan pandangan terhadap segelintir netizen yang didakwanya terlalu menghakimi kehidupan peribadinya.

Tegas penyanyi lagu Cinta Untuk Starla itu, dia tidak pernah berusaha menampilkan imej sempurna di mata umum.

"Sebuah mesej daripada seorang 'bajingan' (penjahat) untuk orang-orang baik, jijik dan terlalu naif lihat kehidupan saya. 

"Saya tidak pernah cuba untuk jadi artis yang bermoral dan berkelas. Saya seorang penyanyi rock. 

"Saya cuma seorang lelaki yang nakal sejak remaja. Kebetulan saja ada bakat dalam muzik dan menulis lagu," ujarnya. 

Virgoun dan Lindi (kanan) bernikah pada Februari lalu.

Virgoun dan Lindi (kanan) bernikah pada Februari lalu.

Sebelum itu, Virgoun berkongsi berita gembira isterinya iaitu Lindi Fitriyana, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Khamis.

Virgoun dan Lindi mendirikan rumah tangga pada 27 Februari lalu.

Namun begitu, timbul dakwaan kononnya Lindi sudah hamil sebelum perkahwinan mereka sah, selepas tular foto yang memaparkan wanita itu dipercayai sedang sarat mengandung ketika berada di ruang menunggu sebuah pusat perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain