ISTERI kepada mendiang James Van Der Beek iaitu Kimberly berkongsi perkembangan emosinya selepas tiga bulan pemergian pelakon itu akibat kanser kolorektal.Kimberly, 44, menyifatkan kehilangan suami tercinta sebagai satu fasa yang amat sukar untuk digambarkan apatah lagi dia kini perlu berdepan dengan realiti hidup tanpa insan tersayang. "Untuk mengatakan saya patah hati adalah satu kenyataan yang terlalu ringan. James pergi meninggalkan isteri dan enam orang anaknya. "Kata-kata tidak mampu menggambarkan apa itu kesedihan. Rasa terkejut sudah hilang. Realiti kini mula terasa dan saya rindukan dia. Kami semua rindukan dia,” katanya melalui satu hantaran di Instagram.Bagaimanapun, Kimberly berkata dia masih dapat merasakan kehadiran James dalam kehidupannya meskipun jasad actor itu sudah tiada.Tambahnya, pengalaman pahit itu secara tidak langsung membuatkan hubungan kerohaniannya menjadi semakin kuat.ARTIKEL BERKAITAN: James Van Der Beek meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Tak pasti cinta atau nafsu, Zayn Malik sukar gambarkan perasaan terhadap Gigi Hadid"Saya dapat merasainya. Saya mengenalinya dengan lebih mendalam. Hubungan saya dengan Tuhan juga semakin kuat. "Dan saya percaya inilah jalan yang memang ditentukan untuk saya dan keluarga," katanya.Untuk info, James disahkan menghidap kanser kolorektal pada tahun 2023 dan meninggal dunia pada Februari 2026. James dan Kimberly mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Olivia, Annabel, Emilia, Gwendolyn, Joshua dan Jeremiah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!