suria
mStar - Urban.Versatil

James Van Der Beek meninggal dunia

James terkenal dengan watak Dawson Leery.

PELAKON James Van Der Beek dilaporkan meninggal dunia selepas dua tahun melawan penyakit kanser usus (kolorektal) tahap tiga pada usia 48 tahun.

Khabar duka itu dimaklumkan isterinya, Kimberly dalam satu kenyataan di Instagram.

Menurut Kimberly, suaminya menghembuskan nafas terakhir dengan tenang selepas melalui waktu sukar berjuang melawan penyakit. 

James dan isteri mempunyai enam cahaya mata bersama.

"Dia menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keberanian dan ketenangan," katanya ringkas.

Dalam masa sama, dia juga meminta agar orang ramai memberi ruang privasi buat keluarganya melalui waktu sukar itu.

Sebelum ini, Van Der Beek mendedahkan dirinya menghidap kanser pada tahun 2024 dan  menjalani rawatan sejak itu.

ARTIKEL BERKAITAN:  [V] “Mayatnya ditemui sudah keras, saya terkilan tiada di sisi ketika mendiang meninggal dunia” - Adam Corrie ambil keputusan tak sambut Tahun Baharu Cina tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Untuk rekod, mendiang mula dikenali ramai selepas membintangi drama bersiri Dawson’s Creek dan memegang watak sebagai Dawson Leery dari tahun 1998 hingga 2003.

Selepas itu, dia terus aktif membintangi pelbagai filem dan siri televisyen termasuk Varsity Blues, The Rules of Attraction, Scary Movie, CSI: Cyber, Pose dan How I Met Your Mother.

Sementara itu, Van Der Beek mendirikan rumah tangga dengan Kimberly pada 2010 dan dikurniakan enam cahaya mata. 

Sepanjang berdepan penyakitnya, pelakon itu turut aktif membantu pesakit lain dengan mengumpul dana serta menyertai pelbagai inisiatif kebajikan berkaitan kanser.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain