PENYANYI Chappell Roan nekad untuk meninggalkan agensi pengurusannya, Wasserman susulan dakwaan penglibatan pengasas syarikat berkenaan dengan kontroversi fail Jeffrey Epstein. Chappell, 28, dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang terlibat melakukan kesalahan jenayah atau terkait isu sebegitu. "Saya tidak lagi diwakili oleh Wasserman, agensi yang diteruajui oleh Casey Wasserman. "Tiada artis atau pekerja yang sepatutnya mempertahankan atau menutup mata terhadap perkara yang bercanggah dengan nilai moral," katanya. Chappell tidak menyokong pihak yang terkait dengan jenayah. Chappell menulis perkara tersebut selepas nama Casey Wasserman disebut sebagai salah seorang individu yang disenaraikan dalam fail Epstein.Penyanyi itu dalam masa sama menegaskan setiap artis perlu mendapat perlindungan sewajarnya daripada agensi yang mewakili mereka. Dia juga menegaskan tentang sikap bertanggungjawab syarikat pengurusan dalam menjaga nama baik industri. "Artis berhak diwakili oleh agensi yang selari dengan nilai murni serta melindungi keselamatan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi tatu ‘Dad’ di lengan, Brooklyn padam kenangan bersama keluarga Beckham ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang kes jenayah meningkat, Tom Cruise nekad tinggalkan rumah mewah di London"Industri memerlukan kepimpinan yang layak dipercayai," luahnya.Sebelum ini Jabatan Kehakiman, Amerika Syarikat mendedahkan 3 juta halaman berkaitan kontroversi melibatkan individu bernama Jeffrey Epstein. Epstein yang meninggal dunia pada Ogos 2019 didakwa terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk pemerdagangan manusia. Susulan pendedahan fail Epstein, ramai nama individu berpengaruh disebut sebagai antara yang terbabit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!