PELAKON dan pengarah, Baim Wong tampil menjelaskan spekulasi yang mendakwa dirinya menjalani pembedahan plastik ketika berada di Korea Selatan.Khabar angin itu mula tersebar selepas Baim memuat naik beberapa hantaran di Instagram memaparkan dirinya berkunjung ke sebuah klinik kecantikan di negara berkenaan, sekali gus mencetuskan andaian kononnya dia melakukan pembedahan pada bahagian hidung. Menepis dakwaan tersebut, Baim dengan tegas menafikan dirinya menjalani sebarang pembedahan plastik, sebaliknya menjelaskan tujuan sebenar ke negara itu adalah untuk mendapatkan rawatan kesihatan stem cell.Baim jelaskan dia hanya lalui rawatan kesihatan stem cell.“Bukan (pembedahan hidung). Saya buat stem cell. Bukan pembedahan plastik,” katanya.Menurut Baim, rawatan berkenaan merupakan pengalaman pertamanya menjalani prosedur perubatan seumpama itu di luar negara.Jelasnya, dia berasa perlu menjelaskan perkara sebenar memandangkan naratif yang berlegar di media sosial semakin menyimpang daripada fakta.ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya tegur Baim Wong, nasihat elak buat pembedahan plastik ubah bentuk hidung ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong stres jadi produser, pernah menangis ketika solat bila filem tak laku“Ini kali pertama saya buat. Stem cell ini bukan pembedahan hidung. Saya memang tak buat pembedahan,” ujarnya.Walaupun menafikan menjalani prosedur rhinoplasty, Baim mengakui doktor di klinik berkenaan ada mencadangkan supaya hidungnya diperbetulkan atas faktor kesihatan.Ini kerana struktur tulang hidungnya didapati sedikit senget akibat kecederaan lama selepas pernah ditumbuk.Baim ketika berkunjung ke sebuah klinik di Korea Selatan.“Doktor ada cadangkan untuk betulkan sebab tulang hidung saya memang senget sikit kerana pernah patah. Tapi saya tak nak,” katanya.Mengulas lanjut, Baim tidak menafikan kos rawatan yang dijalaninya agak tinggi apabila memilih kaedah stem cell yang diambil daripada tulang sumsum. Dalam pada itu, Baim berkata kesan daripada rawatan tersebut tidak dapat dirasai serta-merta dan memerlukan masa beberapa bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!