suria

Baim Wong stres jadi produser, pernah menangis ketika solat bila filem tak laku

Baim pernah menangis kerana filem terbitannya catat penurunan jumlah penonton.

DI SEBALIK imejnya yang sentiasa ceria, pelakon Indonesia, Baim Wong menyimpan pengalaman penuh tekanan ketika mula menceburi dunia produksi filem.

Baim atau Muhammad Ibrahim, 44, mendedahkan kisah sedih yang jarang diketahui peminat, terutamanya ketika memegang tanggungjawab sebagai seorang penerbit. 

Baim tertekan bila filem dibuat tidak mencatat hasil yang memberasangkan.

Menurutnya, industri filem bukan sekadar glamor seperti yang disangka ramai, sebaliknya risiko yang perlu ditanggung sekiranya tidak laku di pawagam. 

“Filem itu seperti bermain judi,” katanya.

Baim berkongsi perkara itu dalam satu sesi podcast bersama Raditya Dika.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong akui tekanan perceraian jejaskan kesihatan bapa sebelum meninggal dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan fitnah netizen, Baim Wong perjelas hubungan rapat dengan Kimberly Ryder

Aktor itu turut mengimbau detik paling mencemaskan dalam kerjayanya sebagai pengarah apabila filem sulung terbitannya mencatatkan kejatuhan jumlah penonton secara mendadak pada hari ketiga tayangan.

Situasi itu menyebabkan Baim sukar tidur dan menghadapi tekanan emosi yang luar biasa iaitu sesuatu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

Beban yang ditanggung begitu berat sehingga Baim mengaku menangis ketika menunaikan solat akibat tertekan dengan masalah yang dihadapi. 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain