PENYANYI legenda, Vivian Chow kembali menjadi perhatian selepas tular video nyanyiannya yang kedengaran sumbang ketika membawakan lagu dalam siri konsert terbaharu A Long And Lasting Love.
Menerusi video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Vivian kelihatan menyanyikan lagu balada Kanton Lau Lyun, namun persembahannya dikritik dan jauh daripada standard yang biasa dipersembahkan sepanjang kerjayanya.
Malah ramai pihak yang meminta penyanyi berusia 58 tahun itu berehat daripada pentas nyanyian.

Vivian dikecam gara-gara menyanyi secara sumbang.
Meskipun siri jelajah konsertnya berakhir pada April lalu namun klip konsert tersebut masih meraih perhatian dan mencetuskan perdebatan hangat netizen.
Seorang pengguna Threads turut mendakwa kesalahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang tidak mengurusnya dengan betul.
“Konsert mesti ada latihan, mereka patut tahu keadaan penyanyi. Akhirnya reputasi penyanyi juga yang rosak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh berhabis RM2.2 juta demi ‘abs’ tiruan
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi minum arak buatan sendiri dalam penjara, tarikh pembebasan P.Diddy tambah lagi sebulan
Lebih teruk, ada netizen turut mengutuk rupa parasnya dan menggesa Vivian bersara secara terhormat.
“Dah nampak sangat tua, elok berhenti, kena tahu bila masa sesuai untuk undur diri,” kata netizen.
Namun, di sebalik kecaman ada peminat setia tetap mempertahankan penyanyi itu.
Mereka mendakwa Vivian mungkin tidak berada dalam keadaan baik, malah ada yang percaya perubahan vokal itu berpunca daripada kesan jangka panjang selepas dijangkiti Covid-19.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


