suria

Kantoi minum arak buatan sendiri dalam penjara, tarikh pembebasan P.Diddy tambah lagi sebulan

Pihak Diddy memilih enggan berkongsi mengenai dakwaan tersebut.

TARIKH pembebasan penyanyi rap terkenal, P. Diddy terpaksa ditangguhkan selama sebulan selepas didapati melanggar beberapa peraturan sepanjang berada dalam tahanan. 

Memetik laporan Page Six, Diddy atau Sean John Combs, 55, yang kini menjalani hukuman di Penjara Persekutuan Fort Dix, New Jersey, pada awalnya dijadual dibebaskan pada 8 Mei 2028. 

Namun, tarikh itu kini ditunda ke 4 Jun 2028 selepas dia kehilangan sebahagian kredit kelakuan baik akibat pelanggaran disiplin.

Diddy bersama rakan-rakan di penjara.

Antara kesalahan yang didakwa dilakukan adalah mengambil alkohol buatan sendiri yang diperbuat daripada campuran gula, soda dan epal.

Dia juga terlibat dalam panggilan telefon tiga hala yang dilarang di dalam penjara.

Sumber memaklumkan bahawa pelanggaran tersebut tidak dikategorikan sebagai kesalahan berat, namun mencukupi untuk menjejaskan kelayakan Diddy memperoleh pelepasan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dipenjara empat tahun atas kes pelacuran

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran

Sementara itu, peguam Diddy menafikan dakwaan tersebut, menegaskan bahawa panggilan telefon berkenaan adalah antara Diddy dan pasukan peguamnya, justeru dilindungi oleh hak kerahsiaan guaman. 

Mereka turut mendakwa anak guamnya belum menerima buku panduan orientasi penjara ketika insiden berlaku.

Pada Oktober lalu, Diddy dijatuhkan hukuman penjara empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) selepas didapati bersalah atas pertuduhan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negara bagi tujuan pelacuran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain