suria

P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran

P. Diddy didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan pelacuran.

PENYANYI rap Sean Diddy Combs didapati bersalah atas dua tuduhan terlibat dalam pelacuran berkaitan dengan bekas teman wanitanya, Cassie Ventura dan seorang wanita dikenali sebagai Jane. 

Combs atau lebih mesra disapa P. Diddy, 55, bagaimanapun dibebaskan dari tiga pertuduhan lebih serius iaitu pemerdagangan seks terhadap dua individu dan konspirasi jenayah terancang. 

Menurut Mirror, peguam bela mewakili Diddy iaitu Marc Agnifilo meminta hakim membenarkan penyanyi berkenaan dibebaskan sementara menunggu hukuman. 

P. Diddy masih lagi ditahan sementara menunggu hukuman dijalankan.

Malangnya, pendakwa raya persekutuan menentang sekerasnya permohonan itu dan meminta hakim memastikan Diddy dikurung di Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat sementara menunggu hukuman. 

Mereka menyatakan kerisauan berlaku keganasan rumah tangga dan kebimbangan terhadap potensi bahaya selanjutnya. 

Diddy berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun bagi setiap dua pertuduhan pelacuran. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak P. Diddy kerjasama dengan Kanye West, hasilkan lagu 'Diddy Free'

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber akhirnya jawab dakwaan jadi mangsa keganasan seksual P. Diddy

 

Sementara itu, pembebasan ke atas tuduhan tiga lagi kes pemerdangan seks bermaksud mogul hip hop itu bakal terlepas daripada hukuman mandatori minimum 15 tahun penjara. 

Malah, Diddy boleh dihukum penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan terhadap permerdagangan seks atau konspirasi jenayah terancang.

Pada 16 September lalu, P. Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.

Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.

Susulan penahanan itu ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa termasuk artis lelaki seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith dan Meek Mill.

Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan dilemparkan kepadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain