PENAMPILAN penyanyi Mulan Jameela di Benuanta Fest 2K25 di Kalimantan Utara, Indonesia, baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia tampil dengan gaya busana berani dan penuh warna.
Acara yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-12 Provinsi Kalimantan Utara (Kaltara) itu menyaksikan Mulan, 46, hadir dengan gabungan fesyen yang mencetuskan perbualan ramai.

Netizen merasakan baju Mulan terlalu ketat untuk diperagakan.
Mulan dilihat tampil berani apabila memadankan tudung rona magenta bersama pakaian ketat berwarna hijau neon bercorak oren dan merah jambu serta rok tulle di bahagian pinggang.
Penampilannya turut dilengkapi kasut tumit tinggi ungu yang sepadan dengan tudungnya.
Pada acara itu, pelantun lagu Makhluk Tuhan Paling Sexy itu turut menghiburkan ribuan penonton dengan rangkaian lagu popular seperti Abracadabra, Dokter Cinta, Makhluk Tuhan Paling Sexy dan Wonder Woman.
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama
ARTIKEL BERKAITAN: Ikut suami kerja, Mulan Jameela berpuasa di Bali
Bagaimanapun, di sebalik pujian terhadap suara mantapnya, penampilan Mulan antara yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen, khususnya mengenai pilihan busana yang disifatkan terlalu ketat dan mencolok mata.
Tidak hanya itu, ramai juga menumpukan perhatian terhadap warna pakaian Mulan yang dikatakan terlalu terang, malah ada yang menyamakan busana penyanyi itu dengan kek kukus dan kuih bikang.
“Ya ampun, ini dah 2025, banyak saja pakaian pentas yang elegan, kenapa pilih gaya macam bolu kukus?” tulis seorang pengguna media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


