suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blake Lively didakwa sengaja buat 'plot twist', adegan bercium tiada dalam skrip 

Justin Baldoni buat pendedahan baru tentang Blake Lively

GARA-GARA didakwa mengubah skrip filem dengan menambah adegan bercium, pelakon Blake Lively dijangka bakal kalah dalam saman balas yang difailkannya terhadap aktor Justin Baldoni. 

Menerusi dokumen mahkamah baharu, Baldoni, 41, mendakwa Blake secara spontan mencium dirinya dalam satu adegan di hospital yang sebenarnya tidak wujud pada skrip asal filem It Ends With Us.

Menurut Baldoni, kedua-dua pihak pada awalnya sudahpun bersetuju supaya setiap adegan hanya mengikut kepada skrip, namun Blake melanggarnya.

Justin Baldoni dakwa Blake secara sengaja menciumnya. 

Baldoni turut menyertakan rakaman adegan tersebut sebagai bukti atas dakwaan yang dibuat terhadap Black. 

Menurutnya, skrip bahagian itu juga sebenarnya ditulis oleh Blake dan tidak mengandungi apa-apa babak bercium seperti yang dilakukannya.

Perkara tersebut didedahkan adalah bagi membolehkan mahkamah menolak saman yang difailkan Blake terhadap Baldoni mengenai gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi minum arak buatan sendiri dalam penjara, tarikh pembebasan P.Diddy tambah lagi sebulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan Katseye, Manon didakwa ambil dadah... Terpalit skandal seks

Sehingga kini, pihak Blake enggan mengulas mengenai pendedahan terbaharu itu.

Untuk info, Blake menuntut Baldoni yang juga pengarah filem itu membayar ganti rugi sebanyak RM672 juta selepas mendakwa aktor itu menfitnahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain