suria

Govinda terlalu percaya ‘pawang’, isteri berang sebab sanggup belanja besar

Sunita sudah puas menasihati suaminya.

ISTERI kepada pelakon Govinda iaitu Sunita Ahuja meluahkan rasa bimbang terhadap aktor berkenaan yang didakwa terlalu mempercayai perkara bertentangan ajaran agama mereka. 

Menurut Sunita, suaminya terlalu bergantung kepada pawang dan ahli astrologi, sehingga sanggup membelanjakan sejumlah besar wang untuk melakukan ritual.

Dia sendiri pernah mendengar seorang pawang meminta bayaran kira-kira RM 9,600 (200,000 rupee) untuk melakukan upacara itu.

Sunita bengang sikap Govinda.

“Saya beritahu dia, upacara itu tidak akan membantu. Tuhan hanya menerima doa yang kita panjatkan sendiri," katanya ketika mejadi tetamu di sebuah podcast.

Jelas Sunita, dia sudah berkali-kali menasihati Govinda namun tidak pernah diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi minum arak buatan sendiri dalam penjara, tarikh pembebasan P.Diddy tambah lagi sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan Katseye, Manon didakwa ambil dadah... Terpalit skandal seks

Malah dia percaya suaminya itu terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling yang sentiasa mendorong aktor itu melakukan ritual tidak sepatutnya.

"Orang di sekelilingnya bukan penyokong yang baik, mereka tidak suka saya kerana selalu bercakap perkara yang betul," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain