PELAKON asal Indonesia, Erika Carlina, mengakui kerap merasa bimbang akan melakukan kesilapan dalam proses mendidik anak pertamanya, Andrew Raxy Neil.
Sebagai seorang ibu tunggal, kata Erika, 32, dia sering berasa tertekan dengan penilaian orang ramai terhadap caranya membesarkan anak.

Erika terbuka terima pandagan dan nasihat netizen.
Tambahan lagi apabila dia menyedari perbezaan ketara antara apa yang dilalui jika dibandingkan dengan keluarga lain.
"Saya selalu rasa takut kalau ada banyak kesilapan yang saya buat, tambah pula hidup saya tak macam keluarga orang lain di luar sana," katanya.
Dalam pada itu, Erika juga berkongsi kebimbangan terhadap gaya pengasuhannya mungkin akan menjadi sasaran kritikan, lebih-lebih lagi daripada netizen yang sering memberikan pandangan mengenai cara pengasuhan yang dianggap betul.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri tiada ikatan perkahwinan, Erika Carlina tak harap duit DJ Panda... Mampu beli sendiri keperluan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Dihimpit kontroversi hamil anak luar nikah, Erika Carlina timang cahaya mata lelaki
Bagaimanapun, Erika menegaskan dia tidak mahu dilihat sebagai ibu yang tahu segalanya dalam hal pengasuhan anak.
Sebaliknya, dia terbuka untuk mnerima pandangan dan nasihat yang positif dari orang lain.
"Saya bukan nak tunjuk tahu segalanya. Saya lebih suka menerima pandangan dan nasihat yang positif dari orang lain," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


