suria

Kecoh cerita Kris Wu meninggal dunia dalam penjara, polis tampil beri penjelasan

Berita kematian Kris jadi bualan.

KHABAR angin yang mendakwa bekas anggota kumpulan EXO iaitu Kris Wu meninggal dunia ketika menjalani hukuman penjara menjadi bualan ramai selepas ia mula tersebar di media sosial.

Kisah tersebut mula timbul apabila seorang lelaki yang juga merupakan bekas banduan mendakwa dia diberitahu tentang perkara itu oleh seorang pengawal penjara. 

Menurut individu itu, Kris meninggal dunia akibat diserang secara seksual oleh sekumpulan banduan yang juga sedang menjalani hukuman. 

Kris menjalani hukuman penjara sejak 2023. 

Kris juga dikatakan dibunuh oleh kumpulan berkenaan kerana gagal memenuhi tuntutan nafsu mereka. 

Lebih menguatkan khabar angin itu apabila muncul gambar Kris yang kononnya dalam keadaan mencurigakan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kris Wu didakwa hidap sifilis, rogol gadis ketika datang bulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah rogol tiga wanita di China, Kris Wu EXO kena penjara 13 tahun 

Tampil menjelaskan hal sebenar, Polis Daerah Jiangsu, China menegaskan segala berita yang tersebar adalah tidak benar. 

Malah pihak mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi tanpa maklumat sah. 

Kris mula menjalani hukuman penjara selama 13 tahun sejak 2023 atas kesalahan melakukan jenayah seksual terhadap mangsa di bawah umur. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain