suria

Belum kahwin dah minta sijil nikah, Ammar Zoni mahu mudah komunikasi dengan kekasih

Permintaan Ammar (kanan) juga membuatkan kekasihnya terkejut.

PELAKON Indonesia, Ammar Zoni yang kini sedang menjalani hukuman penjara membuat permintaan mengejutkan apabila dia mahu kekasihnya, Dr Kamelia mendapatkan sijil pernikahan mereka.

Ammar, 33, menuntut perkara tersebut dalam sesi perbicaraan melibatkan kes dadah yang berlangsung secara atas talian di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Khamis.

"Saya perlukan surat nikah," katanya melalui panggilan video ketika proses perbicaraan.

Ammar kini menjalani hukuman penjara di Pulau Nusakambangan. 

Menurut Ammar, dokumen tersebut diperlukan bagi memudahkan urusan Dr Kamelia melawat atau menguruskan semua perkara berkaitan dirinya sepanjang menjalani hukuman.

Permintaan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana semua sedia maklum bahawa Ammar dan Dr Kamelia belum sah sebagai pasangan suami isteri.

Malah, kekasihnya itu sendiri terkejut mendengar kata-kata Ammar ketika dia hadir dalam sesi perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali kena tahan, pelakon lelaki tak pernah serik... Berani edar dadah dalam penjara 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ammar Zoni tetap setia, masih belum dapat melawat teman lelaki di penjara

Dr Kamelia kemudian menjelaskan permintaan tersebut juga merupakan satu cara agar dia dapat berkomunikasi dengan Ammar.

"Permintaan itu sangat mendadak. Sekarang ini saya tidak boleh video call dengannya sebab tiada hubungan sah dengan Ammar," ujarnya.

Ammar kini sedang menjalani hukuman penjara di Pulau Nusakambangan yang merupakan pusat tahanan yang dikawal ketat kerana melibatkan kes berisiko tinggi.

Ammar dipindahkan ke penjara berkenaan pada awal Oktober lalu selepas didakwa melakukan kesalahan mengedarkan dadah ketika berada di Pusat Tahanan Kelas 1 Jakarta Pusat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain