PENYANYI Lady Gaga pernah melalui titik terendah dalam kerjayanya apabila berdepan tekanan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Bercerita tentang pengalaman yang berlaku sekitar tahun 2017 itu, kata Gaga, 39, dia terpaksa menjalani jadual kerja berat ketika sedang menjalani penggambaran filem A Star Is Born.
Lebih membebankan, pada tahun sama penyanyi itu baru menyiapkan album berjudul Joanne dan merancang untuk konsert jelajah.

Gaga kini dalam keadaan stabil dan bahagia.
Dia juga mendedahkan perlu mengambil ubat jenis lithium yang membantu untuk mengawal kestabilan emosi.
"Saya menjalani penggambaran A Star Is Born dalam keadaan mengambil lithium.
"Ada suatu hari adik saya menegur dan beritahu saya tidak kelihatan seperti kakaknya," kongsi penyanyi lagu Shallow ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga hanya duduk 15 minit di VMA, terus beredar lepas menang anugerah
ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga batal konsert saat akhir, netizen dakwa suara rosak terkena sampuk 'Pulau Patung'
Lebih teruk lagi, Gaga juga mendedahkan dia pernah mendapatkan rawatan psikatri di sebuah hospital.
Penyanyi itu bagaimanapun memaklumkan keadaannya kini kembali stabil dan bahagia.
"Ada satu hari saya pergi ke hospital untuk rawatan psikiatri. Saya perlu berehat. Saya tak boleh buat apa-apa.
"Ia sangat menakutkan. Ada satu masa di mana saya fikir saya tak boleh sembuh.
"Tapi saya rasa sangat bertuah kerana masih hidup. Saya tahu ia mungkin kedengaran dramatik, tetapi kita tahu bagaimana keadaan ini boleh terjadi," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


