TINDAKAN penyanyi Pinkan Mambo membuat persembahan di tepi jalan menimbulkan pelbagai reaksi termasuk luahan rasa kurang senang sesetengah pihak. Ramai yang menganggap Pinkan seperti sengaja mencuri tumpuan ramai tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Lebih teruk lagi aksi menyanyi di tempat awam itu juga mengganggu lalu lintas apabila ada yang berhenti menonton persembahan di sekitar kawasan Pasar Sepatan daerah Banten, Indonesia. Aksi Pinkan bersama lelaki berpakaian wanita juga menimbulkan rasa kurang senang. Tidak hanya itu, aspek keselamatan juga menjadi kebimbangan ramai apabila kawasan tersebut mula sesak kerana dipenuhi peminat. Menerusi beberapa video yang tular di media sosial kelihatan Pinkan menggunakan pembesar suara saiz kecil seperti yang biasa digunakan oleh penyanyi jalanan. Dia menyampaikan beberapa lagu selain asyik menari menghiburkan peminat. ARTIKEL BERKAITAN: Niat asal nak buat rawatan muka, Siti Badriah tukar ‘plan’ jalani pembedahan tegangkan payudara ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu lagi jaja kisah sensasi, Aldi Taher buka lembaran baharu... Mulakan bisnes jual burgerMeskipun dalam tempoh singkat namun ternyata perbuatan itu tidak seharusnya berlaku. "Malu melihat artis begini. "Kawasan ini jadi sesak sebab dia," komen orang ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube