PELAKON Kim Seung Soo berkongsi pengalaman hampir kehilangan nyawa selepas dia mengalami jangkitan kayap pada wajah.Menurut Seung Soo, masalah tersebut berlaku selepas dia pulang dari China dan pada awalnya dia hanya menyangka ia hanyalah jerawat. “Saya bangun pagi dengan jerawat di muka. Saya fikir mungkin sebab terlalu letih, tetapi ia mula merebak dalam tempoh empat ke lima jam.Pengalaman lalu memberi kesan besar buat Seung Soo. “Saya sedar ia bukan jerawat biasa, lalu pergi ke farmasi. Saya dinasihatkan untuk ke hospital kerana disyaki terkena kayap,” ceritanya.Seung Soo turut memberi gambaran bagaimana dia cuba menahan kesakitan apabila lepuh mula merebah ke seluruh wajah. Tambah pelakon ini, jangkitan kayap juga boleh memberi kesan jangka panjang jika tidak dirawat dengan segera.ARTIKEL BERKAITAN: Muka semakin tembam, tidak jaga penampilan... Teruk Seungri kena kutuk ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bau ketiak sendiri semasa temu bual, netizen jijik sikap pengotor ahli Cortis“Sebelum ini saya yakin menjaga kesihatan dengan baik, namun tidak menyangka akan melalui pengalaman yang sangat serius.“Seluruh wajah saya dipenuhi lepuh. Rasa sakit seperti seseorang menggaru muka dengan garpu. Saya menjerit kesakitan ketika bersendirian.“Paling menakutkan apabila doktor memberitahu jika virus sampai ke otak, ia boleh menyebabkan lumpuh separuh badan. Saya juga boleh menjadi buta,” ceritanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube